Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura-Indonesia selesai proses sahkan tiga perjanjian

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Indonesia telah menyelesaikan proses domestik bagi mengesahkan tiga perjanjian di bawah Perjanjian Rangka Kerja Diperluas yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan, Indonesia, pada Januari tahun lalu.



Menyatakan demikian dalam catatannya di Facebook semalam, Encik Lee berkata pengesahan perjanjian itu merupakan langkah utama dalam menghuraikan tiga isu dua hala yang telah lama wujud dan ia meletakkan asas yang kukuh untuk kerjasama masa hadapan.



Tiga perjanjian di bawah Perjanjian Rangka Kerja Diperluas ialah Perjanjian Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR), Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA) dan Perjanjian Ekstradisi (ET).



Di bawah FIR, kededua negara bersetuju menjajarkan semula sempadan antara FIR Singapura dengan Jakarta bagi tempoh 25 tahun yang boleh dilanjutkan dengan kebenaran kedua pihak.



FIR ialah sempadan udara yang menggariskan tanggungjawab pengurusan ruang udara bagi penguasa penerbangan awam agar pesawat dapat terbang dengan selamat dan berkesan.



Ketika ini, FIR Singapura yang diberikan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (Icao) pada 1946, meliputi ruang udara di Laut China Selatan serta Kepulauan Riau seperti Batam, Bintan dan Natuna.



Dengan perjanjian terbaru, Indonesia mendelegasikan sebahagian khidmat navigasi bagi ruang udara dalam FIR Jakarta ke Singapura.



"Seterusnya, kita perlu mendapatkan kelulusan Icao - Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa untuk aturan FIR baru, selepas itu ketiga-tiga perjanjian boleh mula berkuat kuasa serentak pada tarikh yang dipersetujui bersama,'' kata PM Lee.



Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Presiden Jokowi atas perkongsian dan kepimpinan beliau dalam memuktamadkan perjanjian itu.



"Saya menantikan pertemuan seterusnya di mana kita boleh meraikan kemajuan dan meneroka bidang kerjasama baru,'' katanya.



Semasa Rahat di Bintan, Singapura dan Indonesia juga bersetuju melaksanakan perjanjian kerjasama pertahanan 2007, serta melaksanakan perjanjian antara angkatan tentera kedua negara bagi kawasan latihan ketenteraan.



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan terus menjalankan latihan ketenteraan dalam kawasan latihan di Indonesia dengan menghormati penuh kedaulatan wilayah Indonesia termasuk ruang udara dan laut sejajar dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-Undang Kelautan (Unclos).



Perjanjian itu sebelum ini ditandatangani pada 2007 tetapi ketika itu belum diluluskan Parlimen Indonesia.



Selain itu, Singapura dan Indonesia juga memeterai perjanjian ekstradisi orang-orang yang diburu, yang membolehkan kedua negara membenarkan ekstradisi bagi senarai jenayah yang menyeluruh.



Ketika ini, Singapura mempunyai aturan ekstradisi dengan Brunei, Malaysia dan Britain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >