Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura kecil, namun berjiwa besar... diminta bantu warga Palestin

Nov 26, 2023 | 05:30 AM



Tanggal 11 November sekitar 5 petang, wartawan sedang sibuk menyediakan mikrofon, lampu dan kamera untuk sesi wawancara bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, di bilik hotelnya di Kahirah, Mesir, susulan lawatan kerjanya bersama para pemimpin Mesir.

Sedang persiapan dibuat, pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Dr Maliki hanya ada 45 minit untuk sesi itu kerana beliau terpaksa bergegas ke lapangan terbang Kahirah untuk pulang ke Singapura. Soalan-soalan yang ingin diajukan terpaksa dipendekkan.

Sejurus kemudian, Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), tiba dan tanpa lengah memulakan wawancara.

Namun, di tengah-tengah wawancara, seorang pegawai MFA bergegas masuk dan mencelah kerana ada panggilan penting oleh seorang pemimpin Mesir.

“Maaf Menteri, panggilan untuk anda. Oleh Menteri Kesihatan Mesir,” kata pegawai itu.

Dr Maliki ke tepi untuk menjawab panggilan telefon itu. Perbualan itu agak sulit dan kurang jelas didengar.

Namun kami maklum bahawa Menteri Kesihatan dan Penduduk Mesir, Encik Khaled Abdel Ghaffer, meminta Dr Maliki membantu Mesir mendapatkan barangan dan kakitangan perubatan demi membantu warga Palestin di Gaza.

Beliau berkongsi cabaran yang dihadapi Mesir untuk mendapatkan dan membeli barangan perubatan yang amat diperlukan ekoran pengeboman dan serangan Israel terhadap hospital dan kemusnahan peralatan hospital di Gaza.

“Saya faham keprihatinan Tuan Menteri. Berikan kami senarai keperluan yang Tuan Menteri perlukan dan Singapura sedia membantu, bukan sahaja dari sumber Singapura, malah kami juga akan menyelaraskan usaha serantau untuk membantu Mesir.

“Kami juga bersedia menghantar kakitangan perubatan secara bergilir untuk membantu usaha Mesir,” kata Dr Maliki, mengakhiri panggilan tersebut dan kembali meneruskan wawancara.

Ia menggambarkan sekilas hubungan baik antara Singapura dengan Mesir dan merupakan satu aset bagi negara ini – negara kecil tanpa sumber, tanah dan tenaga manusia yang besar seperti negara-negara jiran lain, diminta membantu Mesir, sebuah negara besar dan banyak tenaga, untuk membantu warga Palestin.

Saya dapat lihat bahawa Singapura dipandang tinggi kerana tiga perkara – Singapura sentiasa menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain; Singapura boleh diharap; dan Singapura tidak lokek untuk kongsi bantuan, ilmu dan pengetahuan.

Hubungan baik Singapura dengan negara-negara jiran dan negara-negara besar memberi suatu kelebihan tatkala negara lain memerlukan bantuan. Negara-negara besar biasanya mempunyai pilihan untuk memilih kawan dengan negara-negara tertentu.

Bagi Singapura, ia berkawan dengan semua demi kemaslahatan dan kepentingan negara. Lihat sahaja bagaimana Singapura menjadi hos pertemuan kali pertama antara mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dengan Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, pada Jun 2018 di Sentosa.

Singapura juga dipandang tinggi kerana negara kecil ini boleh diharap untuk membantu ketika diminta – bukan sahaja diminta menderma atau menghantar barangan keperluan, malah dipercayai boleh menyelaras usaha serantau bersama negara lain untuk menyediakan keperluan bantuan kemanusiaan.

Dalam wawancara itu, Dr Maliki berkongsi bahawa beliau telah meminta Penolong Menteri Pertahanan bagi Perhubungan Antarabangsa Mesir, Mejar Jeneral Mohamed Salaheldine Hassan, supaya memberi laluan bagi pesawat Singapura mendarat di Lapangan Terbang El-Arish bagi mempercepat penghantaran barangan bantuan.

Singapura juga tidak lokek untuk kongsi bantuan, ilmu dan pengetahuan. Walau hanya menerusi panggilan telefon, Dr Maliki memberi jaminan bahawa Singapura mampu menghantar kakitangan perubatan untuk membantu secara bergilir demi membantu krisis kesihatan warga Palestin di Gaza.

Dan jika perlu, beliau berkata Singapura akan menghulurkan lebih banyak bantuan.

Dr Maliki turut menjemput para pemimpin Mesir mengadakan lawatan ke Singapura untuk melihat bagaimana Singapura mengendalikan latihan bagi guru-guru, merancakkan perniagaan dan menjemput mereka melabur dalam ekonomi Singapura.

Semestinya, prestasi Singapura yang tinggi ini tidak datang bergolek begitu sahaja. Ia memakan masa bertahun untuk dibina dan memerlukan usaha berterusan memupuk hubungan baik dengan negara-negara besar.

Apabila perhubungan antara negara sudah menjadi bagai aur dengan tebing, lebih mudah bagi Singapura berbincang tentang projek-projek lain demi pertubuhan ekonomi.


Dan apabila ada perbezaan pendapat dan pendekatan, usah cepat memutuskan hubungan. Penyelesaian boleh dihasilkan, kerana seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >