Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lancar sistem simpan tenaga terbesar rantau ini

Kendalian Sembcorp di Pulau Jurong, dapat penuhi keperluan elektrik sekitar 24,000 flat empat bilik HDB dalam satu pengeluaran
Feb 03, 2023 | 05:30 AM



SISTEM Penyimpanan Tenaga terbesar di Asia Tenggara dibuka secara rasmi di Pulau Jurong semalam oleh Sembcorp Industries (Sembcorp) dan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).



Seluas dua hektar di daerah Banyan dan Sakra, ESS Sembcorp itu dapat memenuhi keperluan elektrik sekitar 24,000 rumah empat bilik HDB sehari dalam satu pengeluaran.



Semasa merasmikannya semalam, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata kemudahan itu sejajar dengan cita-cita Singapura meningkatkan penggunaan solar dan mempertingkat daya tahan grid - kestabilan walaupun terdapat gangguan kuasa.



Beliau memuji bagaimana kemudahan ESS 285 megawatt sejam (MWh) itu dapat dibangunkan dalam masa sesingkat enam bulan, dan merupakan yang paling cepat dalam kalangan saiznya, untuk dikerahkan di dunia.



ESS Sembcorp menggunakan bateri Lithium-ion yang mempunyai masa tindak balas yang cepat, densiti tenaga tinggi dan kecekapan perjalanan pergi balik yang tinggi.



Ciri-ciri ini, kata Dr Tan, membolehkan ESS untuk secara aktif mengurus percanggahan dalam permintaan dan bekalan elektrik dan menjalankan khidmat pengawalan untuk menangani turun naik dalam grid kuasa setiap saat, lantas mengekalkan kebolehpercayaan grid.



ESS itu juga boleh digunakan untuk menyimpan tenaga bagi menyediakan rizab kepada grid kuasa, membebaskan loji penjanaan kuasa supaya dapat menjana lebih elektrik demi memenuhi permintaan negara, apabila diperlukan, kata Dr Tan.



Menurutnya, ESS Sembcorp memaparkan komitmen Singapura untuk melawan perubahan iklim dan merupakan huraian utama untuk mempertingkat keselamatan tenaga serta daya tahan grid.



Ia juga detik penting bagi Singapura dalam mencapai matlamat penyimpanan tenaganya iaitu 200 MWh seperti yang digariskan dalam Pelan Hijau Singapura 2030.



"Geografi dan saiz tanah kecil Singapura mengehadkan pilihan tenaga boleh diperbaharui kita, tetapi kita komited untuk memainkan peranan kita dalam usaha sejagat melawan perubahan iklim.



"Untuk mengatasi kekangan kita, Singapura perlu membangunkan idea inovatif dan menggunakan teknologi secara meluas.



"Sebagai sebahagian peralihan tenaga Singapura, Singapura telah memulakan pelbagai insiatif penyahkarbonan dalam sektor kuasa kita.



"Satu inisiatif utama adalah mempertingkat penggunaan kuasa solar, yang merupakan sumber tenaga bersih kita yang paling berdaya maju," kata Dr Tan.



Singapura kini ialah salah satu bandar di dunia yang paling padat solar, kongsinya.



Pengerahan solar ini justeru memerlukan penggunaan ESS untuk menyimpan kuasa berlebihan yang dijana supaya dapat digunakan pada masa lain, memandangkan sumber solar tidak sentiasa ada.



"Ini membantu mengekalkan kebolehpercayaan serta kestabilan grid, dan memberi manfaat kepada pengguna," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >