Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura larang bank, institusi kewangan berurusan dengan bank Russia

MFA umum perincian sekatan ke atas Moscow sedang Russia isytihar gencatan senjata sementara bagi buka laluan kemanusiaan
Mar 06, 2022 | 05:30 AM



BANK dan institusi kewangan lain di sini akan dilarang berurus niaga dengan empat bank Russia sebagai sebahagian sekatan yang dikenakan Singapura untuk mengekang keupayaan Russia melakukan perang terhadap Ukraine.



Sekatan itu juga akan melibatkan larangan ke atas eksport sesetengah barangan ke Russia, termasuk elektronik, komputer dan barangan ketenteraan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA), yang memberi butiran lanjut mengenai sekatan itu semalam, setelah ia pertama kali diumumkan Isnin lalu.



“Sekatan ini bertujuan mengekang keupayaan Russia melakukan perang terhadap Ukraine dan menjejas kedaulatannya,” kata MFA.



Sementara itu, Russia mengumumkan gencatan senjata sementara mulai 10 pagi waktu Moscow (3 petang waktu Singapura) semalam untuk membuka koridor kemanusiaan bagi membolehkan orang awam berpindah keluar dari bandar Mariupol dan Volnovakha di Ukraine, lapor agensi berita Interfax.



Russia menyerang negara jiran Ukraine pada 24 Februari lalu selepas berlakunya ketegangan di sempadan selama beberapa bulan.



Tindakannya telah dikecam secara meluas oleh negara-negara dunia, termasuk Singapura.



MFA berkata institusi kewangan akan dilarang daripada melakukan urus niaga atau menubuhkan hubungan perniagaan bersama empat bank Russia – VTB Bank Public Joint Stock Company, The Corporation Bank for Development and Foreign Economic Affairs Vnesheconombank, Promsvyazbank Public Joint Stock Company, dan Bank Rossiya.



“Di mana terdapat hubungan perniagaan yang wujud, institusi kewangan mesti membekukan sebarang aset dan dana empat bank ini,” kata MFA.



Kementerian itu menambah, penyedia khidmat token bayaran digital secara khususnya dilarang daripada mengendalikan urus niaga yang boleh membantu memintasi langkah-langkah kewangan itu.



Urus niaga dan menyediakan khidmat kewangan yang memudahkan pengumpulan dana untuk pemerintah Russia dan bank pusat Central Bank of the Russian Federation, serta mana-mana entiti yang dimiliki atau dikawal oleh mereka atau bertindak atas arahan atau bagi pihak mereka, akan dilarang.



MFA berkata larangan itu turut dikenakan terhadap pembelian dan penjualan sekuriti baru, menyediakan khidmat kewangan yang memudahkan pengumpulan dana baru, dan membuat atau mengambil bahagian dalam membuat sebarang pinjaman baru kepada entiti tersebut.



“Pemerintah Singapura dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga akan berhenti melabur dalam sekuriti yang baru dikeluarkan entiti berkenaan,” kata MFA.



Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Russia semalam membuka koridor kemanusiaan bagi orang awam keluar dari Mariupol dan Volnovakha.



Orang awam dibenarkan meninggalkan Mariupol antara 12 tengah hari dengan 5 petang waktu Moscow (5 petang dengan 10 malam waktu Singapura).



Kementerian Pertahanan Russia menjelaskan bahawa lokasi koridor kemanusiaan dan tempat keluar telah ditentukan dalam persetujuan dengan pihak berkuasa Ukraine, menurut agensi berita Russia.



Mayor Mariupol, Encik Vadim Boychenko, berkata gencatan senjata itu membolehkan bekalan ubat dan barangan penting dibawa masuk selain memulihkan prasarana penting yang musnah akibat serangan Russia.



Russia telah menyerang bandar-bandar Ukraine, membunuh ratusan orang awam dan menyerbu loji kuasa atomik terbesar Eropah sejak tentera Presiden Vladimir Putin mencerobohi negara itu pada 24 Februari lalu.



Moscow telah merampas dua bandar utama – Berdiansk dan Kherson di kawasan pantai Laut Hitam selatan Ukraine – dalam serangan 10 harinya.



Namun, menawan Mariupol, sebuah bandar dengan sekitar 450,000 penduduk di Laut Azov, akan mewakili hadiah lebih besar untuk tentera Russia kerana ia akan memberi tamparan hebat kepada akses maritim Ukraine dan menghubungkan tentera yang datang dari Crimea dan Donbas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >