Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lewatkan suntikan vaksin kedua kepada 6-8 minggu; golongan 40-44 tahun boleh daftar vaksinasi mulai Rabu

May 18, 2021 | 06:31 PM



MULAI Rabu (19 Mei), sesiapa yang berdaftar bagi vaksinasi Covid-19 akan mendapatkan dos kedua mereka yang dijadualkan antara enam hingga lapan minggu selepas suntikan dos pertama.



Sejajar dengan perubahan ini, latihan vaksinasi serata Singapura akan juga diperluas buat mereka yang berusia antara 40 hingga 44 tahun pada Rabu, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Program vaksinasi nasional akan juga diperluaskan kepada mereka yang berusia antara 12 hingga 15 tahun tidak lama lagi, jelas pasukan bertindak berbilang kementerian pada Selasa (18 Mei).



Perubahan dalam strategi vaksinasi ini bertujuan memberi suntikan vaksin buat lagi 400,000 individu di sini dengan sekurang-kurangnya satu dos menjelang penghujung Julai.



Strategi yang diubah suai ini bererti semua warga Singapura yang layak harus mendapatkan sekurang-kurangnya satu suntikan menjelang awal Ogos, tambah Encik Ong.



"Jika semuanya berjalan lancar, 4.7 juta individu akan dilindungi dengan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksinasi menjelang Ogos (dan) ini secara substantif akan mencakupi kesemua penduduk kita yang layak," jelasnya.



Menurut Encik Ong, mereka yang telah membuat janji temu vaksinasi bagi suntikan kedua tidak akan terjejas. Namun, mereka yang ingin melewatkan tarikh suntikan kedua mereka agar seseorang yang lain boleh mendapat suntikan pertamanya boleh berbuat demikian. 



Rejim dua dos yang diperpanjangkan ini akan bermula Rabu ini dengan Encik Ong menekankan bahawa dos kedua masih diperlukan bagi perlindungan maksimum.



Buat masa ini, kebanyakan negara mengusulkan vaksin Pfizer-BioNTech disuntik pada jarak 21 hari manakala Moderna pula pada jarak 28 hari.



Bagaimanapun, beberapa negara telah beralih menambah jarak antara suntikan pertama dengan kedua bagi membolehkan lebih ramai orang menerima perlindungan yang diperlukan dalam melawan virus ini.



Britain, sebagai contoh, memberi dos vaksin kedua pada jarak 12 minggu menyusuli tambahan mendadak jumlah kes antara Disember dengan Januari lalu,



Pengarah Khidmat Perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Kenneth Mak, berkata pengalaman di peringkat antarabangsa menunjukkan individu dengan suntikan dos kedua dilambatkan masih memperolehi perlindungan yang teguh bagi menentang virus berkenaan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >