Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lulus penggunaan vaksin Moderna

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Moderna di Singapura dengan kumpulan pertama vaksin tersebut dijangka tiba di Singapura bulan depan.



Menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataannya semalam, semakan yang dilakukan terhadap data yang tersedia mendapati vaksin tersebut mempunyai keberkesanan tinggi 94 peratus dan ia menawarkan lebih banyak manfaat berbanding risiko.



Ini bermakna kumpulan individu yang menerima vaksin mempunyai risiko jangkitan yang berkurangan sebanyak 94 peratus berbanding kumpulan tidak menerima vaksin tersebut, katanya.



Perangkaan tersebut adalah berdasarkan percubaan fasa ketiga yang dilakukan di Amerika Syarikat melibatkan 30,000 individu berusia 18 hingga 95 tahun.



Vaksin moderna merupakan vaksin Covid-19 kedua diluluskan HSA, selain Pfizer-BioNTech.



Ia akan digunakan secara progresif terhadap individu berusia 18 tahun ke atas, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan berasingan.



Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 juga berkata ia telah membuat semakan terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut bagi segmen masyarakat berbeza di Singapura, dan telah diberitahu oleh HSA mengenai pertimbangannya dalam memberikan kelulusan interim berkaitan penggunaannya.



Tambahnya, ia berpuas hati dengan tahap keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.



Salah satu pertimbangan dalam meluluskan penggunaan vaksin Moderna di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) adalah untuk memantau keberkesanan jangka panjang vaksin tersebut untuk menentukan tempoh perlindungan terhadap jangkitan Covid-19.



Moderna juga perlu terus memastikan keselamatan vaksin itu untuk jangka masa lebih panjang bagi menentukan profil keselamatannya.



Vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kelulusan interim tahun lalu untuk digunakan di Singapura.



Vaksin Moderna memerlukan dua dos. Dos kedua perlu diberikan 28 hari selepas dos pertama, berbeza dengan vaksin Pfizer-BioNTech di mana dos kedua diberikan 21 hari selepas dos pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >