Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura mahu lancar garis panduan penilaian aset tidak ketara

Jun 26, 2023 | 04:14 PM



Singapura mungkin tidak lama lagi akan melancarkan garis panduan baru untuk menilai aset tidak ketara (IA) seperti tanda dagangan dan paten untuk merapatkan jurang dalam amalan penilaian IA sedia ada.

Pejabat Hak Cipta Intelektual Singapura (IPOS) sedang mencari kontraktor untuk mengusulkan rangka bagi garis panduan penilaian IA baru, selepas mengenal pasti isu dengan amalan sedia ada, menurut dokumen tender di portal pemerintah, Gebiz.

Aset tidak ketara ialah aset bukan fizikal seperti jenama, kod perisian dan bentuk hak cipta intelektual (IP) seperti paten dan tanda dagangan.

“Aset tidak ketara (IA) telah menjadi semakin penting kepada nilai perniagaan, dan mengikut beberapa anggaran mewakili lebih separuh daripada nilai perusahaan global. Bagaimanapun, amalan penilaian IA masih tidak seragam dalam dan merentas ekonomi,” tambah lembaga berkanun itu.

Rangka itu akan memudahkan pelakaran garis panduan penilaian IA “dalam fasa kerja berasingan seterusnya”, menurut dokumen tender itu.

Dokumen itu menambah bahawa garis panduan penilaian yang diusulkan oleh kontraktor mesti, antara lain, berdasarkan piawaian daripada Majlis Piawaian Penilaian Antarabangsa dan boleh beroperasi dalam pelbagai bidang kuasa termasuk Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kontraktor juga perlu menjalankan kedua-dua kajian data dan temu bual dengan pemberi pinjaman, pelabur seperti firma ekuiti swasta, pengamal undang-undang hak cipta intelektual dan pengamal penilaian untuk mengenal pasti isu dalam amalan penilaian sedia ada.

Walaupun pelbagai piawaian dan garis panduan penilaian IA yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan sudah ada, ia mungkin berbeza daripada segi skop, objektif dan sejauh mana ia mengikat pengguna dan penyedia, meninggalkan “ruang untuk meningkatkan ketekalan amalan penilaian IA dalam industri. ”.

“Terdapat nilai dalam membangunkan garis panduan penilaian IA berdasarkan Piawaian Penilaian Antarabangsa yang boleh diterima pakai secara meluas di peringkat antarabangsa,” kata IPOS dalam dokumen tender.

Pemerintah sebelum ini telah memberi bayangan bahawa garis panduan penilaian IA mungkin dalam perancangan, kerana aset tersebut menjadi semakin penting kepada perniagaan dalam ekonomi digital hari ini.

Pada Disember 2022, Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) bersama IPOS melancarkan perundingan awam untuk mendapatkan maklum balas orang ramai tentang rangka kerja baru bagi membantu syarikat mendedahkan dan menyampaikan IA mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >