Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

S'pura masih mampu raih pemulihan ekon meski inflasi satu keprihatinan

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



MESKI pemerintah akur bahawa inflasi lebih tinggi mungkin menjadi satu keprihatinan, Singapura masih bergerak maju seperti yang dijangkakan untuk meraih pemulihan ekonomi yang diunjurkan selain ada "pendekatan serampang berbilang mata" untuk menangani inflasi, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, di Parlimen semalam.



Ini meski Encik Tan akur bahawa "inflasi merupakan sesuatu isu jelas dan sedia ada yang dihadapi pakar ekonomi" di merata dunia.



Menurutnya kesesakan pelabuhan global dan bekalan cerutan bagi barang seperti semikonduktor "telah menyumbang kepada kenaikan dalam harga barangan pengguna yang diimport" ke Singapura, sealiran dengan tekanan kos luaran akibat kenaikan pada harga tenaga dan komoditi makanan global.



Tekanan kos tempatan juga dijangka meningkat ekoran faktor seperti pemulihan pasaran pekerjaan dan permintaan sewa yang kukuh manakala kekurangan tenaga manusia dalam bidang binaan menangguhkan penyelesaian projek perumahan.



"Pemerintah akan terus mengawal inflasi dan kos tekanan kehidupan secara teliti dan menyesuaikan dasar mana yang perlu," katanya sebagai menjawab secara berasingan kepada soalan Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) dan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai usaha untuk mengurangkan kesan kos semakin meningkat mengenai isi rumah dan perniagaan.



Inflasi diramalkan secara rasmi sekitar 2 peratus pada 2021 dan secara purata antara 1.5 peratus dengan 2.5 peratus pada 2022.



Encik Tan menambah: "Meski terdapat kenaikan pada inflasi, pemulihan ekonomi Singapura bagi tahun ini kekal bergerak maju seperti yang dijangkakan.



"Tanpa mengambil kira hambatan pada ekonomi global, pertumbuhan hasil dalam negeri kasar (GDP) dijangka antara 6 peratus dengan 7 peratus bagi tahun sepenuhnya, kebanyakannya disokong oleh sektor yang lebih berdasarkan luaran."



Akur bahawa keadaan inflasi ini akan menjadi satu isu bagi isi rumah berpendapatan rendah khususnya, Encik Tan menggariskan langkah yang telah diambil penggubal dasar untuk menangani tekanan kos.



Ini termasuk langkah bank pusat bulan lalu untuk memperkukuh dasar dolar Singapura mengikut perdagangan.



Pemerintah juga sedang menguruskan faktor domestik seperti bekalan perindustrian dan ruang komersil "untuk membantu mengimbangkan kenaikan kos perniagaan dan mengurangkan kesan pada harga pengguna," tambahnya sambil menukil bantuan sewa dan skim sokongan gaji.



Encik Saktiandi turut bertanyakan Encik Tan tentang perkembangan terkini mengenai "usaha pendahuluan lain" untuk mengawal tekanan kos.



Menurut Encik Tan, Kumpulan Pemerhati Harga Peruncit yang ditubuhkan pada 2011, tidak lagi beroperasi "tetapi kami mempunyai langkah lain dan cara lain untuk mengawal harga barangan."



"Pemerintah memastikan pendirian kukuh terhadap kenaikan harga dan turun naik harga," kata Encik Tan.



Beliau turut mengongsi tentang kepelbagaian sumber makanan dan tenaga sebagai salah satu contoh yang disifatkannya sebagai pendekatan meluas serampang berbilang mata bagi mengatas inflasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >