Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura-M'sia buka sempadan udara bawah VTL mulai 29 Nov; MTF umum longgar sekatan lain

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



  • Lima anggota keluarga isi rumah yang sama boleh makan semeja di luar mulai esok

  • Individu enggan divaksin perlu tanggung kos rawatan sendiri mulai 8 Disember

  • Lebih banyak kegiatan sekolah akan disambung semula mulai Januari



INDIVIDU yang sudah divaksin sepenuhnya boleh berulang-alik antara Singapura dengan Malaysia melalui udara tanpa kuarantin mulai 29 November.



Demikian diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam satu sidang media semalam, di mana ia turut mengumumkan sehingga lima anggota isi rumah yang sudah divaksin boleh duduk semeja untuk menjamu selera di restoran mulai esok.



Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi, atau VTL, akan dilancarkan dengan Malaysia bagi perjalanan antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Pengunjung di bawah VTL tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). Sebaliknya, mereka akan mengambil ujian swab Covid-19 sebelum keberangkatan dan sesudah tiba di Singapura.



Permohonan Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTP) bagi pengunjung jangka pendek dan pemegang pas jangka panjang akan bermula pada 22 November.



Warga dan penduduk tetap yang pulang ke Singapura dan sudah divaksin tidak perlu membuat permohonan.



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan bersama semalam berkata mereka setuju ini adalah masa yang baik untuk menyambung perjalanan rentas sempadan secara bertahap antara kedua-dua negara, dengan cara yang selamat.



"Saya sangat gembira kedua-dua negara akhirnya dapat memulakan semula perjalanan rentas sempadan melalui VTL. Ini akan membantu memulihkan ekonomi kita, memulihkan hubungan antara rakyat kita, dan mengukuhkan hubungan dua hala kita," kata Encik Lee.



Pelancaran VTL dengan Malaysia itu menyusuli pelancaran laluan itu dengan 13 negara termasuk dengan Korea Selatan yang bermula 15 November ini.



Selain Malaysia, VTL itu juga akan dilanjutkan ke Finland dan Sweden mulai 29 November.



Singapura juga kini berusaha membuka semula sempadan dengan lebih banyak negara Asean, Timur Tengah dan Asia Pasifik.



Meskipun sehingga lima anggota isi rumah sama yang sudah divaksin sepenuhnya boleh duduk semeja untuk menjamu selera di restoran mulai esok, saiz kumpulan bagi mereka yang bukan dari isi rumah yang sama akan dikekalkan pada dua orang.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata restoran akan melaksanakan peraturan baru itu dengan memeriksa status pelanggan sebelum mereka diberi tempat duduk.



"Pegawai penguatkuasaan akan melakukan pemeriksaan mereka dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar peraturan serta tempat makanan dan minuman (F&B) yang gagal melakukan pemeriksaan yang diperlukan," kata beliau, yang juga pengerusi bersama MTF.



Buat masa ini, kelonggaran itu tidak akan dilanjutkan ke pusat penjaja dan kedai kopi kerana tempat tersebut tidak dapat melaksanakan pemeriksaan langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) ke atas semua pelanggan mereka.



Encik Wong berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang mendekati persatuan penjaja dan pengendali kedai kopi.



"Bagi mereka yang dapat melaksanakan langkah kawalan yang diperlukan, kami akan bersedia melanjutkan perlonggaran yang sama kepada mereka. NEA dan SFA akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara ini kelak," kata beliau.



Sementara itu, lebih banyak kegiatan sekolah juga akan disambung semula bagi pelajar sekolah menengah dan atasan mulai Januari depan, seperti kegiatan kokurikular dan lawatan pembelajaran.



Kementerian Pendidikan (MOE) semalam berkata ia akan mengembalikan lebih banyak kegiatan bagi sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia, seperti Pesta Belia Singapura.



Institut pengajian tinggi juga akan mengembalikan lebih banyak aspek kehidupan di kampus seperti lebih banyak pembelajaran secara bersemuka dan kegiatan pelajar, dan juga acara sukan berskala besar.




SEKILAS PERUBAHAN



  • Skim VTL dilanjut kepada Malaysia antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur; akan dilancarkan pada 29 November.

Pada tarikh sama, VTL turut dilanjut kepada Finland dan Sweden.



  • Sehingga lima anggota keluarga isi rumah sama yang sudah divaksin sepenuhnya boleh jamu selera bersama di restoran mulai 10 November.

Saiz kumpulan bagi individu bukan dari isi rumah yang sama dikekalkan pada dua orang.



Kelonggaran ini tidak dilanjutkan kepada pusat penjaja dan kedai kopi buat masa ini; saiz kumpulan dihadkan pada dua orang.



  • Jawatankuasa pakar akan buat saranan sama ada mahu lanjutkan vaksin Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada separuh kedua bulan ini.

  • Individu yang pilih untuk tidak dapatkan vaksin dan dijangkiti Covid-19 perlu bayar bil perubatan sendiri mulai 8 Disember.

  • Pelonggaran langkah pengurusan selamat bagi tempat yang boleh laksanakan kedua-dua langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) dan ujian pantas antigen (ART); akan dirintis bagi sukan berkumpulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >