Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, M'sia saling sokong, yakin dalam hubungan dua hala: Vivian

Anwar dijadual lawat S'pura akhir bulan ini; Presiden Halimah akan lawat M'sia Mac
Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia telah saling menyokong sepanjang tempoh tiga tahun lalu semasa penularan Covid-19, antaranya dengan memastikan rantaian bekalan terus dibuka, mengekalkan ketersambungan dan terus berhubung antara satu sama lain.



Langkah itu adalah satu pendorong keyakinan bagi hubungan dua hala yang baik.



Ia juga menunjukkan adanya sikap saling percaya dan yakin yang besar antara dua negara jiran itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, kepada wartawan sempena penghujung lawatan beliau selama empat harinya ke Malaysia, yang bermula Ahad lalu.



Beliau berkata di sebalik beberapa perubahan dalam kerajaan Malaysia sejak beberapa tahun lalu, kepimpinan dua negara masih saling mengenali dan akrab.



"Tahap keakraban di tengah-tengah perubahan politik di Malaysia telah membantu dalam mengeratkan hubungan dua hala.



"Hakikatnya walaupun di tengah-tengah krisis (Covid-19) yang belum pernah berlaku sebelumnya, kedua-dua negara dapat mengekalkan ketersambungan dan hubungan, dan ini merupakan satu pendorong keyakinan.



"Dan ia menunjukkan bukan hanya mengenai jalinan hubungan rapat kami, bahkan hakikat adanya tahap kepercayaan, keyakinan dan saling memberi sokongan yang besar," kata Dr Balakrishnan.



Mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam pula, Dr Balakrishnan berkata pemimpin Malaysia itu telah menekankan bahawa beliau mempunyai majoriti (parlimen) besar dan menjangkakan dapat melaksanakan komitmen kerajaan barunya.



Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Datuk Anwar dijadual melawat Singapura pada akhir bulan ini.



Presiden Halimah Yacob, katanya, pula dijadual membuat lawatan negara ke Malaysia pada Mac ini.



Ditanya mengenai lawatan Datuk Anwar itu, Dr Balakrishnan berkata Singapura amat menantikan lawatan itu.



Perdana menteri dua negara itu, katanya, telah saling berhubung melalui telefon namun tidak ada yang lebih baik daripada pertemuan bersemuka antara dua sahabat lama.



"Dan saya fikir akan ada perbincangan penting di mana dua pihak akan menetapkan agenda, menetapkan jadual waktu bagi menteri masing-masing untuk mengambil langkah susulan.



"Jadi saya jangkakan bahawa ia akan menjadi pertemuan penting yang amat berguna," ujar beliau.



Menjawab soalan Berita Harian (BH) mengenai bidang baru yang boleh diceburi Singapura dengan kerajaan baru Malaysia, Dr Balakrishnan berkata 'bidang lama' masih tetap penting misalnya perdagangan.



Singapura, katanya, kekal sebagai salah satu pelabur terbesar di Malaysia, dan terus mencari peluang untuk melabur di situ, sedang Malaysia juga melabur di Singapura.



"Apa yang kita mahu teroka dalam bidang baru, terutamanya dalam ekonomi hijau, pasaran karbon, tenaga boleh diperbaharui, dengan kedua-dua negara perlu mengubah ekonomi dan bersedia melakukan bahagian masing-masing sebagai warga global untuk mengurangkan perubahan iklim, mengurangkan jejak karbon kita.



"Dan saya fikir ada peluang buat Malaysia dan Singapura sedang kita melangkah ke era digital, revolusi perindustrian keempat, bidang semikonduktor, kecerdasan buatan.



"Ini adalah bidang yang berkembang dengan pelaburan bersama serta mewujudkan ekosistem saling kebolehoperasian antara Malaysia dengan Singapura akan menjadi sangat produktif bagi masa depan.



Dr Balakrishnan menambah, perkara penting kini adalah dua negara itu juga pada tahap di mana telah berkurangnya "emosi dan isu-isu lama".



"Kita mempunyai pemimpin kanan yang berpengalaman di kedua-dua pihak dengan rasa muhibah dan kepekaan untuk berunding dengan cara dan niat baik.



"Kita berharap perjanjian yang dicapai akan disokong rakyat kedua-dua negara dan saya percaya rakyat Singapura dan Malaysia mahu kita mempunyai hubungan baik, dan setelah selesai isu-isu lama, kita juga boleh melihat ke hadapan dengan lebih baik," tambahnya.



Laporan lanjut: Sekitar lawatan Vivian ke M'sia






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >