Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN VIVIAN KE MALAYSIA

S'pura, M'sia setuju tingkat kerjasama, teroka peluang baru

Kededua negara mahu pulih kesambungan penuh, teroka ekonomi digital dan pembangunan mampan
Jan 19, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk memulihkan kesambungan penuh serta meneroka peluang baru dalam ekonomi digital dan pembangunan mampan.



Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, membincangkan perkara itu semasa pertemuannya dengan beberapa menteri Kabinet Malaysia.



"Para menteri bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk memulihkan kesambungan penuh dan peluang baru dalam ekonomi digital dan pembangunan mampan," kata MFA.



Pertemuan Dr Balakrishnan bersama menteri Kabinet Malaysia itu termasuk Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke; Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad.



Selain pertemuan dengan menteri semasa, Dr Balakrishnan juga mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh politik Malaysia lain termasuk mantan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Malaysia yang berakhir semalam.



Sementara itu, semasa pertemuan Dr Balakrishnan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin dua pemimpin itu mengesahkan semula hubungan baik antara Singapura dengan Malaysia yang telah terjalin sejak lama.



"Hubungan itu diperkukuhkan dengan sokongan dan kerjasama antara kedua-dua negara, terutama di tengah-tengah pandemik Covid-19.



"Perdagangan dan pelaburan terus berkembang dalam tempoh yang mencabar ini.



"Dr Balakrishnan juga menyampaikan undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kepada Perdana Menteri Anwar untuk melawat Singapura pada akhir bulan ini," ujar kenyataan MFA itu.



Bercakap kepada media kelmarin, Dr Balakrishnan berkata di sebalik beberapa perubahan dalam kerajaan Malaysia sejak beberapa tahun lalu, kepimpinan dua negara masih saling mengenali dan akrab.



"Tahap keakraban di tengah-tengah perubahan politik di Malaysia telah membantu dalam mengeratkan hubungan dua hala. Hakikatnya walaupun di tengah-tengah krisis (Covid-19) yang belum pernah berlaku sebelumnya, kedua-dua negara dapat mengekalkan kesambungan dan hubungan, dan ini merupakan satu pendorong keyakinan.



"Dan ia menunjukkan bukan hanya mengenai jalinan hubungan rapat kami, bahkan hakikat adanya tahap kepercayaan, keyakinan dan saling memberi sokongan yang besar," kata beliau.



Semasa mengulas pertemuannya dengan Dr Balakrishnan dalam satu catatan di Facebook, Datuk Anwar pula berkata:



"Semasa kunjungan hormat tersebut, kami bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.



"Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif."



Dalam komennya di Facebook, Encik Nik Nazmi pula berkata:



"Kami telah membincangkan pelbagai isu dan peluang kerjasama Singapura-Malaysia seperti perdagangan karbon, penjualan kuasa elektrik rentas sempadan dan penangkapan karbon."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >