Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Oman pertingkat hubungan dengan naik taraf Konsulat Jeneral jadi kedutaan

Kedua-dua pihak tegaskan semula hubungan mesra, lama semasa Dialog Strategik Singapura-Oman pertama di sini
Dec 08, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Oman telah bersetuju untuk menaik taraf Konsulat Jeneral masing-masing secra serentak kepada Kedutaan yang diterajui oleh seorang Kuasa Usaha, umum Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Pengumuman itu dibuat semasa Dialog Strategik Singapura-Oman (SOSD) yang diadakan buat julung-julung kalinya semalam.



Dialog tersebut dipengerusi bersama Menteri Ehwal Luar Oman, Encik Sayyid Badr Bin Hamid Bin Hamood Al Busaidi; dan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Oman, Mejar Jeneral (MG) Idris Bin Abdulrahman Bin Hamoud Al Kindi; dan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam; dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dua wakil Oman itu sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura sejak Ahad.



Kedua-dua pihak menegaskan semula hubungan mesra dan lama antara Singapura dan Oman, kata MHA dan MFA.



Dalam dialog itu, pengerusi bersama mengadakan perbincangan meluas bagi mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai sektor, termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, akuakultur, pengangkutan dan logistik, serta teknologi komunikasi dan maklumat bagi menyokong Wawasan 2040 Oman.



Mereka juga membincangkan peluang memperdalam kerjasama dalam bidang seperti pembinaan keupayaan, menentang pengganasan, dan keselamatan maritim; serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di Timur Tengah dan Asia.



"Bagi membawa hubungan ke tahap baru, Singapura dan Oman telah bersetuju untuk menaik taraf Konsulat Jeneral masing-masing secara serentak kepada Kedutaan yang diketuai oleh seorang Kuasa Usaha.



"Singapura dan Oman akan melaksanakan peningkatan itu pada tarikh dipersetujui bersama yang akan diumum kelak," kata dua kementerian itu dalam kenyataan tersebut.



Pengerusi bersama SOSD turut menyaksikan majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU) - MOU mengenai Kerjasama dalam Sektor Akuakultur antara Agensi Makanan Singapura dan Kementerian Pertanian, Kekayaan Perikanan dan Sumber Air Kesultanan Oman; dan MOU dalam Bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat antara Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura dan Kementerian Pengangkutan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Kesultanan Oman.



Kelmarin, Encik Sayyid Badr dan MG Al Kindi bertemu Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.



SM Teo mengalu-alukan pelancaran SOSD, yang mencerminkan muhibah dan keadaan saling mempercayai dua negara ini.



Sebagai negara maritim, Singapura dan Oman berkongsi kepentingan bersama dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan di wilayah masing-masing.



SM Teo dan Encik Sayyid Badr juga mengadakan perbincangan yang berguna mengenai perkembangan serantau dan global.



Selain itu, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengadakan sarapan bagi Encik Sayyid Badr dan MG Al Kindi kelmarin.



Kedua-dua menteri itu berharap untuk melanjutkan kerjasama dalam bidang seperti perubahan iklim dan ketersambungan, dan mempunyai pertukaran pandangan baik tentang perkembangan geopolitik di wilayah masing-masing, tambah MHA dan MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >