Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura pergiat usaha alih CO₂ daripada laut

Sep 06, 2023 | 01:26 PM



Singapura sedang merancang untuk memperluas satu projek perintis yang mendorong kapasiti laut menyerap pengeluaran karbon dioksida (CO₂), menggunakan salah satu teknologi yang sedang berkembang yang diharap dapat memainkan peranan penentu dalam langkah sejagat menangani perubahan iklim.

Sedang saintis menggesa agar lebih banyak kajian ke atas usaha mengalihkan CO₂ laut (OCDR), Agensi Air Negara (PUB), yang merupakan agensi air nasional Singapura, telah membangunkan satu loji yang menggunakan elektrik untuk mengeluarkan CO₂ daripada laut.


Ini akan membenarkannya menyerap lebih banyak gas rumah hijau daripada sekitaran apabila ia dipam semula ke laut.

Projek itu, yang dibina di sebuah kemudahan penyahgaraman di pantai barat Singapura, “menarik keluar” 100 kilogram CO₂ sehari menggunakan teknologi yang direka firma Amerika Syarikat, Equatic, yang diasaskan para saintis di Universiti California, Los Angeles (UCLA).

Di loji tersebut, air laut akan disalur ke alat elektroliser, yang mengubah CO₂ yang sudah dilarut ke dalam karbonat kalsium dan menghasilkan hidrogen.

PUB menyasarkan untuk mendapatkan dana menjelang akhir 2023 untuk membina sebuah loji demonstrasi dengan kapasiti harian sebanyak 10 tan, dan sedang merancang untuk terus melanjutkan peluasannya, kata pengurus umum PUB, Encik Gurdev Singh yang memimpin projek itu.

“Kami telah menunjukkan bahawa teknologi itu berhasil, dan kunci utamanya kini adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi itu secara lebih luas,” tambahnya.

Panel Antara Pemerintah mengenai Perubahan Iklim (IPCC) telah berkata bahawa usaha mengalihkan CO₂ dalam sekitaran akan menjadi penting sama seperti mengurangkan pengeluarannya dalam usaha mengekang suhu yang meningkat naik.

Namun sedang OCDR dianggap kumpulan pencinta alam sebagai “wira” menentang pemanasan bumi, masih belum jelas sekiranya teknologi baru wajar digunakan apabila dikerah secara besar-besaran.

Pengasas syarikat Equatic, Encik Gaurav Sant, menekankan tentang potensi komersialnya.

“Apa yang menjadikan peluang komersial ini berdaya tahan adalah anda boleh mempunyai alat yang sama untuk memberi anda dua produk: kredit karbon dan hidrogen,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita Reuters.


Ia juga boleh meraih keuntungan dengan menjual karbonat kalsium kepada industri bangunan setempat, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >