Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perlu sedia atasi insiden jejas ketenteraman awam: Shanmugam

Nov 10, 2023 | 08:05 PM



Selama bertahun-tahun, Singapura telah membina rangka kerja undang-undang dan dasar sosial yang kukuh yang telah membantu mengurangkan keganasan serta mengekalkan keamanan di sini, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Hasil daripada usaha ini, negara ini tidak menyaksikan banyak insiden serius yang menjejas ketenteraman awam dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Encik Shanmugam menegaskan bahawa Singapura perlu sentiasa bersiap sedia sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku di sini.

Beliau memberi beberapa contoh rusuhan, keganasan dan kumpulan pelampau yang memusnahkan harta benda awam, malah kadangkala menyerang polis, yang berlaku di luar negara. 

Beliau berkongsi satu contoh bantahan meluas di Hongkong berhubung cadangan undang-undang ekstradisi pada 2019.

“Anda dan saya tahu apabila bantahan bertukar menjadi ganas, polis berada dalam situasi yang sukar.

“Hampir mustahil untuk menanganinya tanpa menggunakan kekerasan,” kata beliau ketika berucap di acara menyambut ulang tahun ke-70 Pasukan Operasi Khas (SOC) di Pusat Taktikal Home Team di Mandai Quarry Road pada Jumaat.

Namun begitu, sekiranya perkara sedemikian berlaku, Encik Shanmugam berkata matlamat yang ditetapkan adalah untuk mengelakkan situasi mencapai tahap yang memerlukan pasukan SOC dikerah. 

Ini dilakukan dengan campur tangan awal daripada pihak pemerintah, kata beliau.

“Peranan pemerintah adalah untuk cuba menangani isu-isu masyarakat dan sebarang masalah pada awalnya, mewujudkan dasar yang membawa keharmonian dan keamanan.

“Namun seperti yang kita lihat daripada contoh di atas, situasi boleh bertukar menjadi negatif dengan cepat,” tambahnya.

Oleh itu, Encik Shanmugam berkata ukuran prestasi SOC, jika dan apabila dikerah, adalah dari segi keberkesanan dan kepantasan mereka menangani situasi.

Bertemakan “Memperingati Masa Lalu, Berubah Untuk Masa Depan”, sambutan itu memberi penghormatan kepada sejarah pembentukan SOC dan perkembangannya.

Terdapat juga segmen perbarisan yang mempamerkan unit SOC yang sedia beroperasi dan armada kenderaan taktikal terbarunya.

Di acara berkenaan, Encik Shanmugam turut melancarkan sebuah kapsul masa sebagai tanda memperingati sambutan itu.

Semasa berucap, beliau berkata Singapura akan terus melabur bagi memperkukuh keupayaan pasukan SOC.

Beliau berkata beberapa pelaburan akan dibuat, bermula daripada pemilihan pegawai dan juga dalam teknologi terkini yang dapat membantu dalam latihan.

“Proses pemilihan dan latihan, saya diberitahu, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia melibatkan latihan yang menguji kebolehan pegawai. 


“Dan kemudian, untuk menyokong pegawai kami, kami juga akan melabur dalam teknologi terkini, dan peralatan seperti UAV (kenderaan automatik tanpa pemandu) taktikal, sistem kamera yang dipasang pada anjing ‘K-9’, supaya pegawai mempunyai keupayaan yang mereka perlukan untuk berjaya, dan untuk kekal selamat,” kata beliau.


SOC merupakan pasukan strategik Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan misinya menyediakan pilihan taktikal tahap tertinggi untuk mencegah, menghalang dan mengesan jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >