Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perlu terus disiplin rancang jangka panjang: Desmond

Projek Long Island turut wujudkan ruang, peluang bagi generasi akan datang dan penuhi pelbagai keperluan mereka
Nov 28, 2023 | 06:21 PM



Singapura mesti meneruskan disiplin membuat perancangan jangka panjang bukan untuk menangani cabaran segera dan mendesak sahaja, bahkan mewujudkan ruang dan peluang untuk generasi akan datang, kata Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee.

Ketika berucap pada acara menanam pokok di East Coast pada Selasa, Encik Lee mengumumkan rancangan pemerintah menambak laut di East Coast untuk mewujudkan tiga tapak tanah – dinamakan Long Island – sepanjang beberapa dekad akan datang, bagi melindungi kawasan itu daripada peningkatan paras laut dan banjir.

Beliau berkata antara tujuan membangunkan Long Island ialah mewujudkan tapak tanah dan pilihan untuk generasi akan datang rakyat Singapura bagi membolehkan mereka membina rumah, mencipta pekerjaan, membangunkan perkhidmatan, serta menambah taman kolam air persisiran baru.

Encik Lee menambah bahawa pemerintah menerima banyak maklum balas dan cadangan tentang konsep Long Island semasa Semakan Rancangan Jangka Panjang (LTPR) dan Perbincangan Pantai Kita, iaitu satu sesi dialog kebangsaan anjuran agensi air negara PUB.

“Sebagai contoh, walaupun orang ramai menyedari kepentingan melindungi kawasan rendah, mereka mahu mengekalkan akses tanpa halangan ke kawasan persisiran.

“Kawasan itu (East Coast) juga mencipta kenangan indah untuk ramai rakyat Singapura, dan ramai yang berharap kita dapat mengekalkan warisan dan ruang riadah di sepanjang pantai kita,” ujar Encik Lee.

Sementara itu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata dalam satu catatan Facebooknya pada Selasa bahawa pemerintah telah menerima cadangan inovatif yang akan dipertimbangkan untuk projek Long Island daripada pelajar melalui pertandingan Hidup dengan Paras Laut yang Meningkat PUB awal tahun ini.

Seorang penduduk lama East Coast, Encik Ishak Ismail, turut berasa gembira tentang projek Long Island.

Beliau, yang hadir di acara menanam pokok di East Coast itu, amat mengalu-alukan persiapan pembangunan Long Island kerana ia dapat memenuhi keperluan berbeza.

Pengerusi Families for Life, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan dan menggalak keluarga berdaya tahan, berkata:

“Pada pendapat saya, ruang awam untuk orang ramai harus dinikmati seolah-olah ia sebahagian daripada identiti setiap keluarga.

“Sebagaimana saya membina kenangan bersama keluarga saya di Taman East Coast sebelum ini, generasi masa depan Singapura boleh melakukan perkara yang sama di Long Island.

“Jadi, apa yang saya harapkan ialah pelbagai keperluan berbeza dapat dipenuhi, baik anda seorang pencinta alam semula jadi mahupun seorang yang hanya ingin bersantai di ruang besar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >