Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

S'pura perlu terus pastikan ekonomi negara kekal stabil

PM Lee mahu warga miliki kemahiran, kemahuan untuk kerja keras dan bekerjasama
Apr 20, 2023 | 05:30 AM



DI tengah-tengah dunia yang bergejolak, Singapura perlu terus memastikan ekonomi negara kekal stabil, warganya memiliki kemahiran dan kemahuan untuk bekerja keras dan bekerjasama.



Selain itu, penting juga untuk pastikan bahawa rizab yang terkumpul diurus dengan baik dan dapat memberi Singapura kelebihan kritikal apabila berdepan dengan krisis besar.



Demikian kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong pada perbahasan Ucapan Presiden di Parlimen.



"Kita menuju ke arah dunia yang semakin bergejolak. Banyak yang perlu dilakukan dan dilakukan dengan pantas.



"Nenek moyang kita telah bekerja keras membina Singapura yang kita nikmati hari ini...kita juga mesti mendakap semangat serupa untuk menjadi sebuah negara yang luar biasa di dunia ini," ujar Encik Lee.



Dalam ucapannya, Encik Lee juga menekankan keperluan Singapura mengekalkan reputasi baiknya di mata dunia - sesuatu yang ramai warga ambil sambil lewa.



"Mereka bangga memegang pasport merah kita, di luar negara pula, mereka bangga dikenali sebagai warga Singapura, tetapi mereka tidak sedar betapa penting kedudukan tinggi yang kita nikmati ini sebagai sebuah negara," kata beliau.



Dengan jumlah penduduk yang sedikit, saiz yang kecil dan tanpa sumber semula jadi, Singapura masih berjaya dipandang negara-negara lain di dunia disebabkan reputasi antarabangsa yang kukuh yang telah dibina selama bertahun-tahun, jelas Encik Lee.



"Orang tahu bahawa sistem Singapura berkesan.



"Bahkan, Covid-19 telah menyerlahkan lagi rekod prestasi kita.



"Warga kita bermutu tinggi; pekerja kita rajin, berkemahiran dan boleh dipercayai; karyawan kita cekap, jujur dan boleh dipercayai; kita menghormati komitmen yang telah dibuat; kita bertindak berdasarkan prinsip yang sering kita pegang.



"Pemimpin kita bercakap dengan mandat dan kuasa untuk menyampaikan apa yang mereka katakan kerana mereka menikmati sokongan dan keyakinan warga, dan dasar-dasar kita tidak berubah sewenang-wenangnya, atau diterbalikkan daripada satu pilihan raya ke pilihan raya lain," ujar beliau.



Dengan itu, keyakinan dan kepercayaan terhadap jenama Singapura telah bertambah, dan ia merupakan aset yang berharga dalam dunia yang semakin tidak menentu.



"Oleh itu, saya menyeru semua warga Singapura menjaga reputasi negara kita, terutamanya apabila anda berada di luar negara.



"Gunakan sepenuhnya jenama Singapura ini, tapi ingat, jangan merosakkan kesuciannya.



"Malah, bina di atasnya, perbaikinya bagi generasi akan datang kerana reputasi antarabangsa yang tinggi meninggalkan kesan yang sangat mendalam bagi Singapura," tekan Encik Lee.



Pun begitu, beliau akur tiada formula yang dapat menjamin bahawa sistem Singapura sekarang akan terus berfungsi dengan baik bagi jangka masa panjang.



Namun, mempunyai pemimpin yang berkebolehan, berdedikasi dan amanah adalah penting, katanya, menyeru orang ramai menyokong pasukan kepimpinan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan ketua mereka, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Kepimpinan 4G semakin bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan negara, dengan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan di peringkat domestik dan antarabangsa, kata Encik Lee.



Namun, agenda yang perlu dipenuhi ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan setiap warga Singapura, termasuk anggota-anggota parlimen lain.



Encik Lee berkata warga Singapura melihat sendiri kepentingan kepimpinan politik yang teguh semasa pandemik Covid-19.



"Warga kita berjaya mengatasi peristiwa tersebut, perkhidmatan awam telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.



"Namun, respons tersebut dan hasilnya akan menjadi sangat berbeza tanpa pemimpin politik yang boleh menetapkan hala tuju, membuat keputusan yang sukar, dan menyatukan warga rakyat bersama.



"Seluruh pasukan 4G memainkan peranan utama...menangani krisis tersebut, mereka lebih memahami satu sama lain dan lebih yakin dengan pertimbangan dan kebolehan masing-masing," ujar Encik Lee.



Beliau berkata memastikan Singapura mempunyai pemimpin yang baik bagi jangka masa panjang akan sentiasa menjadi cabaran yang tidak berkesudahan bagi generasi-generasi akan datang.



Beliau menambah bahawa beliau dan rakan-rakan politiknya yang lebih tua telah menyediakan pasukan seterusnya yang berkebolehan untuk mengambil alih, yang boleh membawa Singapura lebih jauh ke hadapan supaya negara ini mempunyai peluang untuk melahirkan dan menyokong generasi baru pemimpin akan datang.



"Bantu saya menjayakan pembaharuan kepimpinan ini untuk Singapura, untuk anda.



"Tunjukkan sokongan anda kepada pemerintah yang bekerja keras untuk anda.



"Pilih pemimpin yang boleh anda percayai untuk memimpin kita ke hadapan, beri diri anda peluang terbaik untuk memastikan sistem kita berfungsi dengan baik bagi rakyat Singapura," ujar Encik Lee.




SINGAPURA PERLU PELIHARA SISTEM YANG BERKESAN



“Orang tahu bahawa sistem Singapura berkesan. Bahkan, Covid-19 telah menyerlahkan lagi rekod prestasi kita. Warga kita bermutu tinggi; pekerja kita rajin, berkemahiran dan boleh dipercayai; karyawan kita cekap, jujur dan boleh dipercayai; kita menghormati komitmen yang telah dibuat; kita bertindak berdasarkan prinsip yang sering kita pegang. Pemimpin kita bercakap dengan mandat dan kuasa untuk menyampaikan apa yang mereka katakan kerana mereka menikmati sokongan dan keyakinan warga, dan dasar-dasar kita tidak berubah sewenang-wenangnya, atau diterbalikkan daripada satu pilihan raya ke pilihan raya lain.”
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong




PERLU SOKONGAN RAKYAT



“Bantu saya menjayakan pembaharuan kepimpinan ini untuk Singapura, untuk anda. “Tunjukkan sokongan anda kepada pemerintah yang bekerja keras untuk anda. Pilih pemimpin yang boleh anda percayai untuk memimpin kita ke hadapan, beri diri anda peluang terbaik untuk memastikan sistem kita berfungsi dengan baik bagi rakyat Singapura”
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >