Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura pertimbang langkah pengurusan selamat berbeza bagi golongan sudah divaksin: Ye Kung

Ini hanya dapat dilaksana apabila negara capai 'detik penting' untuk program vaksinasi
Jul 08, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA mungkin akan mempertimbangkan langkah-langkah pengurusan selamat berbeza bagi golongan yang sudah mendapatkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 di bawah program vaksinasi negara, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.



Ini hanya dapat dilaksanakan sebaik Singapura mencapai 'detik penting' dalam program vaksinasinya, iaitu sekitar setengah penduduk sudah divaksin sepenuhnya.



Mereka yang telah divaksin sepenuhnya boleh menjangkakan sekatan yang lebih longgar, termasuk membenarkan lapan orang untuk berkumpul, berbanding lima yang ditetapkan sekarang.



Menurut Encik Ong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF), langkah ini dijangka dapat dilaksanakan sekitar minggu terakhir bulan ini.



"Kita boleh membenarkan individu yang mendapat vaksin untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak kegiatan kemasyarakatan dan ekonomi setelah kita mencapai jumlah 50 peratus, kerana mereka tidak mudah untuk dijangkiti, dan justeru terdapat kemungkinan mereka tidak akan menyebabkan penularan penyakit.



"Jadi kami sedang membuat perancangan untuk individu yang telah mendapatkan vaksin.



"Kita akan dapat makan di luar dalam kumpulan yang lebih besar, dan mengambil bahagian dalam acara yang lebih besar serta mengambil bahagian dalam acara agama seperti beribadah," kata Encik Ong di sidang media maya semalam.



Bagi kegiatan dan tempat awam seperti panggung wayang, acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice), khidmat keagamaan dan majlis pernikahan di luar rumah, pihak berkuasa mungkin akan menggandakan jumlah tersebut, hingga 500 orang - jika mereka menerima vaksin sepenuhnya.



Sementara itu, kegiatan berisiko lebih tinggi dalam persekitaran tertutup yang tidak melibatkan penggunaan pelitup muka seperti makan di gerai makanan dan minuman, garis panduan itu dibezakan menerusi saiz kumpulan.



Sehingga lapan orang yang akan dibenarkan jika mereka diberi vaksin sepenuhnya. Jika tidak, saiz kumpulan itu kekal lima orang, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Di samping itu, lebih ramai pekerja juga akan dibenarkan kembali ke tempat kerja, berdasarkan peratusan jumlah pekerja yang diberi vaksin sepenuhnya.



Namun begitu, Menteri Kewangan Lawrence Wong, juga pengerusi bersama MTF, berkata bekerja dari rumah masih menjadi aturan tetap.



Langkah pengurusan selamat yang berbeza ini hanya ditetapkan untuk mereka yang menerima kedua-dua dos vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna.



Encik Wong berkata rancangan ini adalah sebahagian daripada peta jalan yang lebih luas yang sedang diusahakan MTF dan sebagai sebahagian dari peralihan Singapura ke arah Covid-19 yang endemik.



"Peta jalan itu akan merangkumi langkah-langkah tempatan di Singapura dan juga langkah-langkah yang berkaitan dengan perjalanan," ujarnya.



"Kami berharap semua ini sekali lagi akan mendorong rakyat Singapura untuk mengambil vaksinasi, atau untuk menukar jadual temu janji anda dan mendapatkan vaksin lebih awal."




"Kita boleh membenarkan individu yang mendapat vaksin untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak kegiatan kemasyarakatan dan ekonomi setelah kita mencapai jumlah 50 peratus, kerana mereka tidak mudah untuk dijangkiti, dan justeru terdapat kemungkinan mereka tidak akan menyebabkan penularan penyakit. Jadi kami sedang membuat perancangan untuk individu yang telah mendapatkan vaksin."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >