Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Saudi kerjasama tingkat hubungan ekonomi

Oct 17, 2023 | 07:13 PM



Singapura dan Kerajaan Arab Saudi mengesahkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara sambil mengulangi manfaat bekerjasama dalam bidang yang menjadi kepentingan bersama dalam ketersambungan, ekonomi digital dan inovasi, serta tenaga dan industri.

Pengesahan itu dibuat dalam Mesyuarat Menteri Jawatankuasa Bersama Arab Saudi-Singapura (SSJC) ketiga antara Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, dengan Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik Kerajaan Arab Saudi (KSA), Encik Saleh Nasser Al Jasser, di Arab Saudi pada Selasa.

“Saya gembira melihat kedua-dua negara memperkukuh kerjasama merentasi pelbagai bidang.

“KSA merupakan salah satu rakan dagang utama Singapura di Timur Tengah dan terdapat banyak peluang dalam pasaran bagi syarikat-syarikat kita.

“Kami akan terus bekerja rapat untuk mengenal pasti peluang utama bagi pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara kami,” kata Dr Tan.

Singapura dan KSA telah menikmati hubungan ekonomi yang semakin berkembang.

Pada 2022, KSA merupakan rakan dagangan kedua terbesar Singapura di Timur Tengah dan rakan dagangan ke-20 terbesar di dunia.

Perdagangan barangan dua hala antara kedua-dua negara ialah $14.1 bilion pada 2022, iaitu peningkatan kira-kira 50 peratus tahun ke tahun.

Di luar SSJC, Dr Tan turut menyaksikan pertukaran tujuh memorandum persefahaman (MOU) pemerintah dan komersial.

Antaranya termasuk MOU dalam Sektor Perlabuhan, Pengangkutan dan Logistik, MOU dalam Pembangunan Pelaburan Industri Sukan, Kesihatan dan Kecergasan, MOU dalam Peluang Pelaburan dalam Sektor Pendidikan serta MOU antara Persekutuan Dewan Saudi dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Selain itu, MOU mengenai Kerjasama Standard telah ditandatangani untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pembangunan standard melalui pertukaran lawatan, pertukaran pengetahuan dan kerjasama mengenai kerja standard dalam bidang kepentingan bersama.

MOU dalam Peluang Latihan dan Pembangunan juga telah ditandatangani antara Menteri Pelaburan KSA (Misa) dengan Surbana Jurong.

Misa akan menyokong Surbana Jurong membangunkan keupayaan modal insannya di KSA, untuk melibatkan diri dengan entiti berkaitan yang berminat dalam membangunkan modal insan Saudi dan bekerjasama dengan universiti Saudi untuk menarik dan membangunkan bakat muda Saudi.

Dr Tan berada di Arab Saudi sebagai sebahagian delegasi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bagi lawatan rasmi beliau ke KSA dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dari 17 hingga 22 Oktober 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >