Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sedang usahakan sistem trafik udara baru urus penerbangan meningkat

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA kini sedang berusaha menyediakan asas bagi sebuah sistem pengurusan trafik udara (ATM) yang baru yang akan membolehkan negara ini menangani jumlah penerbangan yang dijangka bertambah pada masa akan datang dengan lebih baik dan mengurangkan penangguhan.



Menurut dokumen tender, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) ingin memperoleh sistem ATM yang baru itu pada pertengahan 2020-an dan mula menggunakannya menjelang separuh kedua dekad ini.



Dengan pengurusan trafik udara yang lebih baik dan bijak, penumpang boleh menjangkakan jumlah penangguhan yang lebih rendah dan pengalaman penerbangan yang lebih lancar, menurut pakar penerbangan.



Tambahnya, sistem ATM yang baru juga akan mengurangkan kesesakan dan pencemaran yang disebabkan trafik udara yang lebih tinggi serta mengurangkan kos pekerja dan kerja bagi sekitar 500 pengawal trafik udara sekarang ini.



Disember lalu, CAAS telah menawarkan tender untuk mendapatkan khidmat pakar runding untuk membantu mereka memperoleh sistem ATM yang baru.



Syarikat yang dilantik juga perlu membangunkan keperluan baru dalam bidang reka bentuk sistem, daya tahan, keselamatan dan keselamatan siber berdasarkan amalan industri terbaik.



CAAS akan menilai usulan kontrak bagi sistem ATM baru itu berdasarkan keperluan ini.



Sistem ATM yang digunakan Singapura sekarang telah digunakan sejak 2013.



Dikenali sebagai Sistem Radar dan Paparan Jarak Jauh (Lorads) III, ia dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa dari Perancis, Thales, dan bernilai lebih $300 juta dan boleh menjejak hingga 2,000 pesawat pada satu masa, beberapa kali lebih banyak berbanding sistem yang digunakan sebelum ini.



CAAS berkata mereka merancang menggantikan Lorads III dengan sistem baru sebelum ia mencapai tempoh akhir penggunaannya menjelang lewat 2020-an.



Pengarah telekomunikasi dan kejuruteraan aeronautika CAAS, Encik Loo Chee Beng, berkata:



"Sistem baru itu akan menggabungkan keupayaan baru untuk membolehkan CAAS menangani pertumbuhan trafik udara dengan lebih selamat, berkesan dan mampan, serta memberi respons kepada sekitaran operasi yang kian berkembang, termasuk dengan menyokong pengurusan trafik (kenderaan) pandu sendiri."



Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, sebelum ini berkata generasi akan datang sistem khidmat pandu arah udara akan menggabungkan teknologi komunikasi dan pandu arah berdasarkan satelit untuk menambah ketepatan laluan penerbangan.



Sistem itu juga akan membolehkan konsep pengurusan trafik udara yang canggih dilaksanakan, mempertingkat keupayaan meramal penerbangan sementara mengurangkan kesesakan, ujarnya.



CAAS berkata mereka juga akan memperluas Pusat Kawalan Trafik Udara Singapura di Biggin Hill Road di Changi untuk memberi laluan kepada sistem ATM yang baru itu.



Pusat itu merupakan antara tiga prasarana trafik udara Singapura dan menawarkan khidmat kawalan kawasan serta pendekatan kepada pesawat dalam Rantau Maklumat Penerbangan (FIR) Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >