Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura semak strategi penjagaan warga emas: Ye Kung

Antara teras utama ialah usaha luaskan Pusat Penuaan Aktif bagi pertingkat sokongan kepada warga emas
Dec 06, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang menyemak strateginya bagi penjagaan warga emas, dengan salah satu teras utama adalah meluaskan rangkaian Pusat Penuaan Aktif (AAC) supaya sokongan buat warga emas sentiasa ada, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



Apa yang akan dilakukan AAC, pusat rekreasi sosial yang memberi sokongan kepada warga emas yang tinggal berdekatan dalam masyarakat, juga perlu berbeza daripada yang ada ketika ini demi menggalakkan warga emas agar terlibat dalam kegiatan luar rumah.



"Ia perlu menjadi ibarat besi semberani bagi warga emas, menarik mereka keluar daripada rumah mereka, untuk berkongsi makanan berkhasiat di kolong blok, melibatkan mereka dalam kegiatan, dan bekerjasama dengan kelompok penjagaan kesihatan agar memastikan pematuhan perubatan dan menjalankan pemeriksaan kesihatan secara tetap," katanya semasa berucap mengenai tunggak 'Menjaga' di bawah gerakan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward Singapore, di acara Kementerian Kesihatan (MOH) bersama Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).



Encik Ong akur bahawa kebanyakan warga emas lebih suka untuk terus hidup dalam masyarakat, secara berdikari atau dengan sedikit bantuan, berbanding dalam rumah penjagaan.



Beliau menambah bahawa "musuh terbesar" warga emas adalah pengasingan sosial kerana ini boleh menyebabkan kesihatan mereka bertambah buruk dengan cepat.



Menjalani hidup dalam masyarakat bersama rakan, kegiatan sosial dan senaman fizikal akan menangguh dan mencegah kemerosotan kesihatan serta kelemahan dalam kalangan warga emas, ujarnya lagi.



Selain menggalakkan warga emas untuk melibatkan diri dalam kerja sukarela, Encik Ong berkata terdapat keperluan untuk mempertingkat penjagaan di rumah bagi warga emas yang mempunyai keperluan penjagaan yang lebih rumit.



Ini, katanya, dapat membantu mereka agar kekal di rumah selama mungkin daripada di rumah penjagaan.



Penjagaan itu perlu lebih disesuaikan, dan khidmat itu boleh disediakan AAC yang terletak berdekatan dengan rumah warga emas, lantas mengurangkan beban penjaga.



"Dalam fasa penjagaan warga emas seterusnya, kita perlu memperkukuh landskap penjagaan warga emas, membina tenaga kerja dan keupayaan, meneroka model perkhidmatan dan struktur pembiayaan baru," katanya.



Satu lagi isu yang disentuh sebagai sebahagian usaha perbincangan Forward Singapore adalah ketidaksamaan pendapatan.



Bagi golongan berpendapatan rendah, Encik Ong berkata Singapura perlu melabur dalam perkhidmatan awam universal, dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan atau perumahan awam.



Justeru, dengan membina Healthier SG - model penjagaan pencegahan sebagai perkhidmatan awam universal - golongan pertengahan hingga rendah besar kemungkinannya akan meraih manfaat paling banyak, kata Encik Ong.



Beliau juga berkata penyepaduan perkhidmatan juga boleh dilakukan dengan lebih baik, contohnya ComLink yang membolehkan keluarga mendapat akses kepada pelbagai campur tangan, menerusi seorang pendamping.



Bagaimanapun, beliau menambah bahawa konsep penyepaduan boleh diluaskan.



Di samping peranan masyarakat yang membantu keluarga, keluarga itu juga perlu bertanggungjawab untuk berusaha membantu diri mereka sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >