Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sokong huraian dua negara Israel-Palestin: PM Lee

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong meluahkan kegembiraan dapat menyambut kunjungan Perdana Menteri Penguasa Palestin (PA), Dr Mohammad Shtayyeh, semalam sebagai membalas layanan mesra yang diterimanya sendiri semasa beliau berada di Ramallah pada 2016.



Singapura, kata Encik Lee dalam pos Facebook yang dimuatnaiknya, menikmati hubungan yang baik bersama Penguasa Palestin.



"Kami sokong huraian dua negara yang dirundingkan yang membolehkan kedua-dua warga Israel dan Palestin untuk hidup di samping satu sama lain dalam keamanan dan keselamatan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan.



"Saya berharap pemimpin bagi kedua-dua pihak mencari jalan untuk berunding secara serius mengenai huraian dua negara, demi kepentingan rakyat mereka dan kestabilan serantau," tulisnya.



Beliau menambah bahawa Singapura juga menyokong pembinaan keupayaan dan keperluan pembangunan Penguasa Palestin, dan berkongsi pengalaman, menerusi Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP).




Laporan lanjut: S'pura garis komitmen sokong wilayah Palestin bina keupayaan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >