Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura tarik balik keperluan berkaitan melamin untuk import produk susu dari China

Oct 26, 2023 | 04:19 PM



Keperluan berkaitan bahan kimia melamin bagi import susu dan produk berkaitan susu dari China ke Singapura akan ditarik balik pada 1 November 2023, kata Agensi Makanan Singapura (SFA).

Keperluan tersebut diperkenal pada 2008 setelah sekitar 300,000 kanak-kanak diracun di China kerana pembekal dari negara itu telah menambah melamin ke dalam susu tepung untuk meningkatkan kandungan protein di dalamnya secara buatan.

Melamin adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik.

Di bawah keperluan yang akan ditarik balik itu, produk mesti dibuat oleh syarikat yang disahkan untuk mengeksport oleh pihak berkuasa China dan pengilang mesti menguji setiap kumpulan bahan mentah serta produk yang dihasilkan untuk memastikan ia tidak tercemar dengan melamin.

Pihak berkuasa China juga perlu menguji setiap kumpulan produk yang dihasilkan dan memberikan sijil kesihatan mengandungi keputusan ujian melamin bersama-sama dengan konsainan ke Singapura.

Menurut laporan The Straits Times, SFA berkata ia akan menarik balik keperluan itu kerana pencemaran melamin tidak dikesan dalam susu dan produk susu dari China sejak 2012.


SFA tidak menjelaskan mengapa keperluan itu tidak ditarik balik lebih awal.

Agensi tersebut menambah bahawa ia telah memantau rapi susu dan produk susu yang diimport dari China.

“Sejak 2008, pihak berkuasa China juga telah meningkatkan peraturan dan langkah kawalan di seluruh rantaian pengeluaran tenusunya,” kata SFA.

Dalam surat kepada peniaga susu dan produk susu pada Isnin, SFA berkata China telah memperkukuh proses penyeliaan dan pentadbirannya. 

Ini termasuk pelesenan pengeluaran yang lebih ketat, pemeriksaan yang lebih kukuh, pengesanan, pemantauan dan penilaian serta hukuman yang lebih berat bagi produk yang didapati mengandungi melamin merentasi rantaian makanan tenusu.

SFA menambah bahawa keperluan import disemak dari semasa ke semasa dan semua import makanan, termasuk susu dan produk berkaitannya yang diimport dari China, mesti mematuhi keperluan keselamatan makanan agensi itu.

Secara keseluruhan, skandal susu tepung melamin di China pada 2008 itu telah meragut nyawa enam kanak-kanak.

Mereka yang bertanggungjawab ke atas pencemaran tersebut dan penyembunyiannya telah dijatuhi hukuman mati atau penjara yang panjang.

Sebagai respons kepada skandal susu tersebut, Singapura pada waktu itu telah mengharamkan buat sementara penjualan produk susu buatan China dan menguji lebih 3,500 produk susu.

Sebanyak 16 produk susu di Singapura yang didapati mengandungi melamin berlebihan juga telah dimusnahkan.

Antara produk yang terjejas termasuk White Rabbit Creamy Candy dan tiga perisa susu Dutch Lady.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >