Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tiada niat benarkan penggunaan dadah di bawah undang-undang: PM Lee

Dec 07, 2021 | 07:52 PM



SINGAPURA tidak berniat untuk membenarkan penggunaan dadah di bawah undang-undang, seperti yang dilakukan banyak negara lain, khususnya bagi dadah ganja, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong pada Selasa (7 Disember).



Ini meskipun negara ini menghadapi tekanan dari dalam dan luar negara untuk mempertimbangkan langkah sedemikian.



“Tetapi kami tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian. “Kita mesti memutuskan apa yang berkesan bagi Singapura, dan tidak hanya mengikuti apa yang dilakukan orang lain,” kata Encik Lee.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis menyambut ulang tahun ke-50 Biro Narkotik Pusat (CNB) di Hotel Goodwood Park pada Selasa.



Di banyak negara lain, keputusan untuk membenarkan dadah di luar negara adalah disebabkan keadaan dadah yang tidak lagi terkawal di sana, kata Encik Lee.



Sedang banyak negara mungkin mempunyai niat yang baik untuk mempromosikan penggunaan dadah ‘lebih selamat’ tetapi si tua sinya boleh pantas menjadi lebih teruk, tambahnya.



Encik Lee berkata Singapura meraih ‘pengajaran yang memeritkan’ daripada Subutex, yang diperkenalkan pada 2002 pada awalnya sebagai dadah preskripsi untuk me ra wat ketagihan opioid contohnya morfin, heroin dan pethidine.



Namun, ada yang mula menyalahgunakan Subutex sebagai alternatif kepada heroin. Pada 2006, Subutex disenaraikan sebagai dadah terkawal dan CNB melancarkan ope ra si untuk membasmi Subutex dari Singapura.



Satu lagi perkara yang kini membimbangkan adalah sikap belia yang semakin liberal terhadap dadah, menurut tinjauan yang dilakukan setiap tahun.



“Kita mesti menentangnya dengan kuat, untuk mencegah anak dan cucu kita daripada menjadi penyalahguna dadah generasi seterusnya.



“Sebagai sebuah negara, kita mesti terus faham, percaya dan menyokong pendekatan toleransi sifar Singapura terhadap dadah,” kata Encik Lee.



Dalam ucapannya lagi, Encik Lee menyorot usaha CNB sepanjang lima dekad lalu. Biro itu mempunyai kurang 20 pegawai dahulu, dan kini ia mempunyai lebih 800 pegawai.



Sepanjang tahun-tahun lalu, CNB memerangi dadah menerusi tiga strategi – undang-undang dan penguatkuasaan; pemulihan; serta pendidikan awam dan pendekatan masya ra kat. Pemerintah telah memperkenalkan undang-undang antidadah dari awal lagi,  dengan perubahan penting dilakukan pada 1975 apabila hukuman mati diperkenalkan bagi kesalahan mengedar lebih 15 gram diamorphine atau heroin tulen.



Kini, sedang pengedar dadah dan penya lah guna menggunakan perkhidmatan e-dagang dan aplikasi seperti Telegram, CNB perlu terus memanfaatkan teknologi untuk mengatasi cabaran baru, kata Encik Lee.



Dari segi pemulihan pula, CNB telah menyemak rejimnya untuk memberi lebih penekanan terhadap pemulihan, termasuk meningkatkan tempoh pemantauan dari dua tahun kepada lima tahun.



Ini dilakukan menerusi kaunseling wajib bagi penyalahguna dadah yang muda, serta membenarkan penyalahguna kali pertama yang berisiko rendah untuk meneruskan kerja dan pendidikan mereka.



Untuk mencegah penggunaan dadah di peringkat awal, pendidikan awam juga pen ting agar penyalahgunaan itu tidak mengakibatkan masalah sosial yang lebih serius di kemudian.



Hari ini, situasi dadah di Singapura lebih terkawal berbanding kebanyakan negara lain, dengan bilangan penyalahguna dadah yang diberkas setiap tahun telah berkurang an kepada separuh daripada angka pada 1990-an, kata Encik Lee. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >