Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura tidak berpihak dalam konflik Israel-Palestin: DPM Wong

Nov 06, 2023 | 08:15 PM



Singapura tidak memilih pihak dan tidak seharusnya mengimport politik luar ke dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa membahaskan usul berkaitan konflik Israel-Hamas.

Berucap di Parlimen pada Isnin semasa perbahasan usul yang dibentangkan Encik Vikram Nair (GRC Sembawang), Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee) dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), Encik Wong menekankan rakyat Singapura harus memilih apa yang terbaik untuk kepentingan negara.

“Rakyat Palestin mempunyai banyak rungutan sejarah yang kami fahami. Ini memerlukan penyelesaian segera tetapi tidak ada alasan, tiada kewajaran untuk tindakan keganasan oleh Hamas.

“Oleh itu, kita mesti mengutuk tindakan pengganas ini dengan tegas. Ia adalah demi kepentingan negara kita untuk berbuat demikian. Untuk menjejas pendirian ini adalah untuk menjejaskan keselamatan kita sendiri,” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

Beliau menambah walaupun Singapura kekal berhubungan baik dengan Israel dan Palestin, ia tidak bermakna Singapura menyokong semua yang dilakukan oleh setiap pihak.

“Kami secara konsisten mengambil pendirian berprinsip, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan menyokong keamanan dan keselamatan global. Kami telah mengundi menyokong banyak resolusi berkaitan Palestin di PBB selama ini.

“Kami telah mengkritik aktiviti penempatan Israel di Tebing Barat sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kami juga mengundi, menentang Baitulmakdis diiktiraf sebagai ibu negara Israel,” kata Encik Wong.

Beliau menambah, walaupun Israel mempunyai hak yang sah untuk mempertahankan dirinya, ia juga mesti mematuhi sepenuhnya makna dan semangat undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan peraturan yang mengawal tingkah laku peperangan.

“Di bawah Konvensyen Geneva, ia mesti bertindak balas dengan cara yang seimbang, dan melakukan yang terbaik untuk melindungi keselamatan orang awam.

“Dengan erti kata lain, tidak kira betapa ngerinya tindakan keganasan yang dilakukan oleh Hamas, Israel tidak boleh membenarkan tindak balas yang tidak seimbang dan melakukan hukuman kolektif ke atas rakyat Palestin di Gaza,” kata Encik Wong.

Encik Wong juga mengulangi pendirian lama pemerintah yang kekal tidak berubah – bahawa Singapura menyokong usaha penyelesaian pembentukan dua negara, Israel dan Palestin .

“Kami percaya bahawa rakyat Palestin mempunyai hak ke atas tanah airnya, dan bahawa Israel mempunyai hak untuk tinggal dalam sempadan yang selamat. Penyelesaian dua negara yang dirundingkan adalah satu-satunya cara bagi rakyat Palestin dan Israel untuk hidup dengan aman dan selamat.

“Mencapai harapan ini mungkin kini kelihatan sukar berbanding daripada sebelumnya tetapi itu tidak seharusnya menghalang kita daripada terus menyokong usaha masyarakat antarabangsa dalam hal ini,” kata Encik Wong.

Dalam ucapannya, beliau juga berkata konflik ini bukan hanya antara Israel dengan Palestin, atau antara orang yang berbeza agama, malah ia juga melibatkan pertempuran politik untuk wilayah, sumber, identiti dan kesetiaan, dan ia juga melibatkan Iran dan negara jiran Arab yang lain.

“Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah rakyat Palestin yang digunakan sebagai bidak dan perisai manusia, di tengah-tengah pertelingkahan proksi antara kuasa serantau ini,” kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >