Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tidak dijangka keluar dari Fasa 3 dalam masa terdekat: Janil

Feb 25, 2021 | 05:30 PM



SINGAPURA tidak dijangka keluar dari Fasa 3 pembukaan semula ekonomi Singapura dalam masa terdekat, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di sidang Parlimen, pada Khamis (25 Februari).



Fasa 3, adalah "norma baru" yang akan terus dijalani hingga ada bukti vaksin yang disuntik berkesan dalam mencegah penularan wabak Covid-19 ini pada masa akan datang, katanya.



Sebagai tambahan, sebilangan besar penduduk harus menjalani vaksinasi dengan negara lain di dunia juga harus mengawal kadar jangkitan koronavirus.



Beliau juga menambah situasi koronavirus di sini dan serata dunia kekal dinamik.



Pihak berkuasa sedang menanti lebih banyak bukti bahawa vaksin ini disah guna di sini, terbukti dapat melindungi penduduk daripada virus, di samping mencegah jangkitan virus.



"Kami juga sedang memantau secara rapi keberkesanan vaksin ini menentang varian virus baru.



"Buat masa ini, strategi terbaik adalah meneruskan disiplin mengenai langkah pengurusan selamat dan mencapai tahap vaksinasi tinggi dalam kalangan penduduk bagi menambah daya tahan kolektif kita," kata Dr Janil.



Beliau menjawab soalan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) yang bertanya tentang rancangan Singapura beralih dari Fasa 3 di samping kriteria yang harus dipenuhi sebelum segala larangan dibasmi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >