Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tuan rumah Program Zamil RISING Kedua

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin serantau dari Indonesia bagi Program Zamil RISING Kedua yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 Mac.



Delegasi dari Indonesia itu akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; serta Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), delegasi itu juga akan antara lain menghadiri sesi taklimat dan lawatan dalam bidang kesihatan awam, pembangunan ekonomi dan perubahan iklim.



Selain itu, mereka akan memerhati Sesi Bertemu Penduduk (MPS) dan menghadiri jamuan perniagaan untuk menjalin rangkaian.



Program Zamil RISING pertama kali diumum oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia pada 2018.



Menurut MFA, program zamil itu bertujuan mempertingkat ikatan antara pemimpin serantau Singapura dengan Indonesia menerusi perkongsian pandangan dan pertukaran amalan terbaik.



Program Zamil RISING dianjurkan bersama Kolej Perkhidmatan Awam (CSC), MFA, Yayasan Temasek, Institut Pentadbiran Awam Nasional Indonesia serta Kementerian Ehwal Dalam Negeri Indonesia.



Baru-baru ini, Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah melakukan lawatan kerja selama seminggu ke Jakarta, Indonesia, yang berakhir Rabu lalu.



Semasa berada di sana, Encik Teo bertemu dengan sebilangan pemimpin kanan pemerintah Indonesia.



Antaranya termasuk Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan.



Menurut MFA, kedua-dua menteri mengambil kira kemajuan baik dalam banyak bidang kerjasama dua hala sejak mesyuarat terakhir mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >