Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura usaha pastikan bekalan makanan tidak terputus: PM Lee

Langkah diambil termasuk bina bekalan penimbal; dan pelbagaikan sumber
May 28, 2022 | 05:30 AM



GANGGUAN terhadap rantaian bekalan makanan adalah dikesali namun tidak mengejutkan Singapura disebabkan perang di Ukraine dan inflasi yang tinggi, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong semalam.



Singapura telah berusaha menjamin bekalan makanannya, termasuk membina stok penimbal dan mempelbagai sumber importnya.



Encik Lee berkata ini supaya Singapura tidak terlalu terjejas sekiranya berlaku gangguan terhadap mana-mana sumber.



"Pemerintah (di negara lain) menghadapi tekanan dan kadang-kadang mereka mengambil langkah yang tidak lazim diambil, misalnya melarang eksport produk, dan beberapa pemerintah telah berbuat demikian.



"Adalah dikesali bahawa sebagai negara pengguna yang mengimport makanan, kita juga terjejas," ujarnya.



Beliau berkata demikian kepada media di penghujung lawatan empat harinya ke Jepun yang berakhir semalam.



Awal minggu ini, Malaysia mengumumkan akan menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan mulai Jun sehingga pengeluaran dan harga menjadi stabil.



Encik Lee menyingkap bagaimana gangguan terhadap rantaian bekalan menyebabkan pelitup dan peralatan pelindung diri (PPE) kekurangan semasa Covid-19 baru mula menular.



Meskipun tindakan boleh diambil untuk mengemukakan tuntutan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sekiranya terdapat tindakan yang melanggar peraturan, Encik Lee berkata proses ini akan memakan masa dan keperluan segera sekarang adalah untuk menjamin bekalan makanan.



"Jawapannya bukan apa yang kita lakukan sekarang, tetapi apa yang telah kita usahakan selama beberapa tahun ini, iaitu membina stok penimbal dan daya tahan serta mempelbagai sumber kita.



"Ini supaya (apabila) mana-mana sumber menghadapi gangguan, kita tidak terlalu terjejas dan jika kita tidak boleh mendapatkan ayam dari satu sumber, kita boleh membelinya dari negara lain.



"Kali ini ayam, lain kali mungkin barangan lain. Kita harus bersedia," ujar Encik Lee.



Singapura mengimport lebih 90 peratus makanannya dan langkah kepelbagaian merupakan strategi utama untuk memastikan bekalan makanan yang selamat.



Meskipun Malaysia merupakan sumber utama bagi ayam segar, hanya sekitar 34 peratus bekalan ayam yang diimport Singapura berasal dari Malaysia tahun lalu, dengan bakinya diimport dari Brazil, Amerika Syarikat dan negara lain.



Dalam pada itu, Encik Lee turut ditanya tentang respons negara ini kepada dakwaan China bahawa Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diterajui Amerika merupakan taktik yang bersifat memecahbelah oleh Amerika.



Singapura menyertai IPEF, yang dilancarkan Isnin lalu.



Encik Lee berkata hubungan ekonomi antara negara di rantau ini amat digalak, khususnya hubungan ekonomi antara Amerika dengan rantau ini dan antara China dengan rantau ini.



Tambahnya, itulah sebabnya Singapura menyokong dua usaha China, Inisiatif Belt and Road dan Inisiatif Pembangunan Global, selain juga mempunyai kerjasama dengan Amerika termasuk dalam bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan IPEF.



IPEF itu bertujuan menggalak kerjasama ekonomi dan keanggotaannya juga bertujuan bersifat inklusif.



"Saya tidak melihat kedua-duanya sebagai saling eksklusif atau hanya kerana satu pihak mempertingkat kerjasamanya, tidak bermakna ia buruk bagi pihak yang lain," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >