Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura usahakan bantuan lebih berkesan ke Palestin

Maliki bakal rasmikan pejabat perwakilan S'pura di Ramallah
Oct 17, 2022 | 05:30 AM



PEJABAT Perwakilan Singapura di Palestin akan membantu dalam usaha menyelaraskan bantuan teknikal yang dihulurkan Singapura selain memastikan bahawa bantuan dapat disalurkan dengan lebih berkesan kepada pemerintahnya, Penguasa Palestin (PA), kata Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman.



Dalam satu rakaman podcast #NoTapis bersama Berita Harian (BH), Dr Maliki secara eksklusif mengumumkan bahawa beliau akan ke sana esok untuk merasmikan pejabat perwakilan itu di Ramallah.



Ini merupakan sebahagian daripada lawatan rasminya ke Wilayah Palestin, Israel dan Jordan yang bermula hari ini hingga Isnin depan.



Menurut Dr Maliki, beliau akan mengadakan lawatan ke Palestin setiap dua hingga tiga tahun untuk melihat perkembangan selain menyelaraskan bantuan teknikal yang dihulurkan kepada pihak Penguasa Palestin di samping menyokong kerja-kerja yang dilakukan oleh wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin.



"Pejabat Perwakilan ini merupakan peningkatan dari segi hubungan Singapura dengan Palestin.



"Setiap kali saya ke sana, saya akan membuat penilaian, selain menganalisis perkembangan agar dapat mengetahui apa yang boleh kita lakukan untuk terus menyokong mereka," ujarnya.



Menurutnya, sejak 2016, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah berkunjung ke sana dan meningkatkan bantuan kepada Palestin dan ini dapat dilihat melalui pakej latihan lanjutan bernilai $10 juta untuk pembangunan Palestin.



Hasil daripada bantuan itu, lebih daripada 600 pegawai Palestin telah menjalani latihan di Singapura dalam usaha membantu pembangunan mereka. Malah beberapa cendekiawan mereka juga telah dipelawa datang ke Singapura.



Menyentuh tentang sikap masyarakat Melayu/Islam di sini mengenai pergolakan yang berlaku antara Palestin-Israel, Dr Maliki akur akan perasaan masyarakat yang bersifat simpati kerana merasakan, sebagai umat Islam, adalah perlu untuk memberi sokongan kepada masyarakat Palestin.



Namun beliau menegaskan agar masyarakat Melayu/Islam tidak terlalu terlibat dari segi perselisihan politik yang berlaku di sana.



"Prinsip utama Singapura ialah kita tidak mahu campur tangan dalam arena politik mana-mana negara kerana kita tidak mahu mana-mana negara memasuki atau campur tangan dalam politik domestik kita," tegasnya.



Beliau turut menekankan bahawa apa yang berlaku di Israel dan Palestin sebenarnya bukan satu pertempuran agama.



Sebaliknya ia merupakan pertempuran politik antara kumpulan-kumpulan politik di Israel mahupun di Palestin di mana terdapat dua kelompok berlainan iaitu Penguasa Palestin dan Hamas.



"Ada sekumpulan kecil yang disokong Hamas mempunyai prinsip yang berlainan. Pendirian mereka juga lebih agresif.



"Ini dikatakan konflik dalaman intra-Palestin. Ada kalanya kerana kurang pemahaman, kita sangkakan Palestin merupakan satu pihak yang sama," katanya.



Justeru, Singapura mengambil posisi bahawa keamanan serta kestabilan di rantau tersebut hanya boleh dicapai menerusi huraian dua negara, satu penyelesaian di mana kedua-dua negara wujud sebagai negara yang diiktiraf.



Beliau juga menambah Singapura menyokong posisi yang diambil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk resolusi yang mengutuk Israel apabila Israel membuat sesuatu yang dianggap bercanggah dengan prinsip undang-undang antarabangsa.



"Lantaran itu, apa yang kita boleh lakukan ialah membantu dan menyokong, tetapi kita perlu meninggalkan politik domestik kepada negara masing-masing. Namun pada masa yang sama, kita akan menuruti apa yang telah ditetapkan PBB," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >