Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Uzbek meterai MOU dalam pelancongan, budaya, keselamatan dan undang-undang

May 24, 2023 | 07:50 PM



SINGAPURA dan Uzbekistan memeterai empat memorandum persefahaman (MOU) pada Rabu untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pelancongan, budaya, keselamatan dan undang-undang.

Presiden Halimah Yacob, yang mengadakan lawatan ke negara itu, telah menyaksikan pemeteraian empat MOU tersebut bersama Presiden Uzbekistan, Encik Shavkat Mirziyoyev.

Awal sebelum itu, kededua Presiden mengesahkan hubungan dua hala yang mesra antara Singapura dan Uzbekistan, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam ucapannya di Forum Perniagaan Singapura-Uzbekistan di Tashkent, Presiden Halimah Yacob menarik perhatian kepada MOU dalam bidang pelancongan.

Beliau berkata sektor itu merupakan satu bidang yang berpotensi tinggi.

Usaha ini, katanya, akan membantu memperkukuh hubungan antara rakyat dan merangsang ketersambungan antara kedua-dua negara.

Uzbekistan, kata Puan Halimah, mempunyai warisan budaya yang kaya dan landskap menakjubkan yang menarik pengunjung dari serata dunia.

Puan Halimah turut mengalu-alu lebih ramai pengunjung negara itu ke Singapura.

“Uzbekistan merupakan negara yang paling ramai penduduk di rantau Asia Tengah dengan sejumlah 35 juta penduduk, serta golongan pertengahan yang semakin meningkat. Di bawah kepimpinan Presiden Mirziyoyev, Uzbekistan telah menjalani perubahan luar biasa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dan semakin terbuka kepada pelaburan asing.

“Sejumlah syarikat Singapura telah berjaya menembusi pasaran Uzbekistan dalam pelbagai sektor, termasuk perancangan induk, logistik, ketersambungan digital, pendidikan, dan pembinaan keupayaan,” katanya.

Beliau berkata bahawa sebanyak 10 MOU telah dimeterai antara agensi dan syarikat bagi kedua-dua negara sewaktu kunjungan negara Presiden Uzbekistan, Encik Shavkat Mirziyoyev, ke Singapura pada Januari.

Puan Halimah turut menarik perhatian lebih banyak syarikat Singapura seperti MSI Global dan Changi Airport International menandatangani MOU bersama rakan Uzbekistan mereka pada Rabu.

“Dalam landskap global hari ini, ketegangan geopolitik dan perpecahan telah menjadi keprihatinan yang meningkat.

“Disebabkan itu, kepelbagaian dan daya tahan ekonomi telah menjadi semakin penting.

“Syarikat perlu menjadi proaktif dalam mencari pasaran baru dan mencari peluang untuk memastikan kejayaan yang berterusan,” ujarnya.

Forum Perniagaan Singapura-Uzbekistan itu dihadiri 21 wakil dari pelbagai syarikat Singapura dan yang berpangkalan di Singapura.

Puan Halimah telah tiba di Uzbekistan pada petang Selasa, dan ini merupakan kunjungan pertama oleh presiden Singapura ke Uzbekistan sejak hubungan diplomatik dijalin pada 1997.

Pada awal Rabu, Puan Halimah telah bertemu Encik Mirziyoyev yang juga menjamunya makan tengah hari di Istana Kuksaroy.

Kunjungan Puan Halimah menyusuli kunjungan Encik Mirziyoyev pada Januari.

“Ia bukan sesuatu yang biasa untuk menganjurkan pertukaran kunjungan negara dalam tempoh yang singkat dan ini mencerminkan minat yang meningkat bagi kedua-dua negara untuk meneroka kerjasama lebih rapat.

“Dengan sokongan berterusan Presiden Mirziyoyev, saya yakin hubungan Singapura-Uzbekistan akan diperkukuh dalam tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

Awal minggu ini, Puan Halimah telah mengadakan lawatan ke Kazakhstan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >