Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Vietnam meterai persetujuan kerjasama tenaga dua hala

Kededua negara memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang melalui empat MOU
Oct 17, 2022 | 01:08 PM



SINGAPURA dan Vietnam menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) pada Isnin (17 Oktober) mengenai Kerjasama Tenaga dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang tenaga antara dua negara itu.



MOU tersebut meliputi beberapa bidang kerjasama tenaga dua hala utama termasuk pembangunan dan pembiayaan tenaga yang boleh diperbaharui serta pembangunan penghubung bagi meningkatkan daya tahan dan kestabilan perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan. 



Ia juga merangkumi kerjasama dalam pasaran gas cecair asli dan tenaga elektrik serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi dan huraian tenaga rendah karbon seperti sistem simpanan tenaga hidrogen dan ammonia. 



MOU itu ditandatangani Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, dan Menteri Perusahaan dan Perdagangan Vietnam, Encik Nguyen Hong Dien.



Kerjasama dua hala dalam bidang tenaga tersebut merupakan salah satu daripada empat MOU yang dimeterai di Istana Presiden yang terletak di Hanoi dengan disaksikan Presiden Halimah Yacob dan Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc.



Presiden Halimah kini berada di Vietnam bagi lawatan negara lima hari hingga 20 Oktober. 



Tiga MOU lain yang ditandatangani merangkumi kerjasama dalam bidang tenaga, kredit karbon, latihan teknikal dan keselamatan siber. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >