Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Vietnam tingkat kerjasama kemampanan, digitalisasi

Oct 17, 2022 | 09:12 PM



SINGAPURA dan Vietnam boleh meningkatkan kerjasama dalam dua bidang utama iaitu kemampanan dan digitalisasi, menurut Presiden Halimah Yacob.



Ini memandangkan kededua bidang tersebut memainkan peranan penting dalam melakar laluan baru untuk masa depan kededua negara. Beliau berkata demikian semasa ucapannya sempena majlis jamuan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Hanoi pada Isnin (30 Oktober).



Jamuan tersebut diadakan sempena lawatan beliau ke Vietnam atas undangan Presiden Nguyen Xuan Phuc.



Sejajar itu, Singapura mungkin bakal membeli bekalan tenaga yang boleh diperbaharui dari Vietnam dan bekerjasama dengan Vietnam bagi projek kredit karbon di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai antara kededua negara awal pagi tadi.



Perjanjian baru itu akan juga meluaskan bidang lain seperti keselamatan siber dan latihan vokasional.



Mengulas pentingnya bertindak meningkatkan usaha ke arah kemampanan, Presiden Halimah berkata perubahan iklim merupakan antara cabaran terbesar abad ini.



“Dalam menghadapi (cabaran ini), pemerintah dan perniagaan perlu menggabungkan semangat serta sumber mereka.



“Singapura dan Vietnam komited untuk mengurangkan pelepasan karbon kita untuk beberapa dekad akan datang.



“Justeru, kerjasama dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui, prasarana mampan, kredit karbon dan pembiayaan hijau akan membantu kita mencapai matlamat dalam pemindahan kepada penggunaan tenaga hijau,” katanya, sambil menambah beliau dan Presiden Phuc bersetuju untuk mempertingkat kerjasama dua negara dalam bidang tersebut.



Satu lagi bidang yang jelas memainkan peranan penting adalah digitalisasi dan transformasi digital bakal menjadi “pemacu utama ekonomi masa depan”, kata Puan Halimah.



Tambahnya, bagi menyokong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan dalam bidang inovasi dan teknologi, Singapura akan meneruskan usaha memupuk hubungan dan kerjasama dua hala dan juga serantau yang lebih menyeluruh.



Ini juga akan membuka pasaran Asean dan juga pasaran yang lebih luas kepada Singapura, tambahnya.



Menyentuh MOU dalam bidang keselamatan siber, Puan Halimah berkata ia dapat “menjadi asas bagi agensi dan syarikat (kededua negara) untuk mengadakan transaksi dua hala secara mudah dan selamat”.



Selain MOU dalam bidang keselamatan siber, Puan Halimah juga telah menyaksikan pemeteraian tiga MOU lain antara Singapura dan Vietnam di Istana Presiden yang terletak di ibu kota Hanoi awal tadi.



Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan negara selama lima hari – meliputi Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh – yang bertujuan mengesahkan lagi hubungan kukuh dan jangka panjang dua negara tersebut.



Ini sedang kededua negara itu bakal menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik serta meraikan 10 tahun kerjasama strategik tahun depan.



Ia turut menekankan komitmen Vietnam dan Singapura untuk mempertingkat kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >