Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura yang lebih inklusif perlu perluas titik persamaan antara warga: DPM Wong

Persidangan IPS tinjau semula kompak sosial, meritokrasi, perumahan dan kemajmukan
Jun 12, 2023 | 07:22 PM



HALA tuju pembangunan Singapura selanjutnya mestilah lebih inklusif, dengan semangat perpaduan yang diperbarui berdasarkan konsep kejayaan yang dicapai bersama dan bukan secara bersendiri, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Beliau berkata, konsep “kejayaan bukan individu; kejayaan adalah kolektif” ini bermakna kita harus mencari jalan mengukuhkan kepercayaan bersama antara rakyat dan menggalak semua orang melihat melangkaui masyarakat mereka sendiri, untuk bersatu dan meluaskan titik persamaan sebagai warga Singapura.

Demikian sepersetujuan yang dikumpulkan hasil pendampingan dengan warga Singapura di bawah inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura (Forward SG) mengenai rupa bentuk kompak sosial negara ini yang diperbaharui, kata Encik Wong dalam ucapannya di persidangan Institut Pengajian Dasar (IPS) sempena ulang tahunnya yang ke-35 pada Isnin.

Persidangan berjudul Revisitings (Meninjau Semula) itu meneroka semula beberapa isu penting yang dihadapi Singapura seperti meritokrasi, perumahan, kemajmukan dan kompak sosial. Penceramah telah mempertimbangkan bagaimana model Singapura itu boleh disesuaikan untuk menangani cabaran baru dengan lebih baik.


Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, telah berucap tentang topik meninjau semula kompak sosial dan menggariskan pentingnya kompak yang dianggap adil oleh semua segmen masyarakat.

“Menerusi perbincangan dengan warga Singapura yang didampingi sepanjang setahun lalu, terdapat konsensus yang timbul tentang rupa bentuk kompak sosial kita yang disegarkan. Ia berpusat kepada beberapa anjakan utama iaitu pendekatan baru kepada kejayaan dan kemahiran, sistem sokongan sosial yang dirombak dan semangat perpaduan yang diperbaharui,” katanya.

Turut berucap di persidangan itu ialah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K.Shanmugam dan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.

Dalam ucapannya mengenai meninjau semula meritokrasi, Encik Chan berkata sistem itu telah membantu Singapura berjaya bagi 50 tahun lalu tetapi ia perlu sentiasa diperkukuh dan dielakkan daripada perangkap (pitfalls) agar dapat terus melakukan demikian bagi 50 tahun seterusnya.

“Kita perlu bertanya diri kita bagaimana meritokrasi boleh membantu Singapura menjadi lebih relevan, berdaya saing dan padu (cohesive) dalam 50 tahun akan datang,” kata Encik Chan.

Beliau turut mengumumkan bahawa Anugerah Edusave, yang diberikan kepada pelajar antara lain berdasarkan perwatakan, sifat kepimpinan dan prestasi akademik mereka akan diperluas untuk mengiktiraf mereka yang telah membuat sumbangan kepada sekolah dan masyarakat mereka.

Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, yang berucap tentang topik meninjau semula perumahan, mengongsi tentang parameter dasar yang sedang disemak seperti jenis perumahan awam baru untuk memenuhi keperluan warga emas dan golongan bujang, serta cara estet perumahan diklasifikasikan sebagai matang atau bukan matang.

Cik Sim juga mengumumkan bahawa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menggandakan bilangan flat di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS), yang menyediakan flat sementara untuk keluarga yang sedang menunggu flat baru mereka, daripada hampir 2,000 tahun ini kepada 4,000 dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K.Shanmugam, yang berucap tentang topik meninjau semula kemajmukan dengan tumpuan kepada kaum berkata pluralisme pada terasnya adalah mengenai kesepaduan sosial.

“Jika kita berpecah-belah dan tidak bersatu, jika kita kehilangan teras pluralisme dan kewujudan bersama kita, jika masyarakat kita tidak stabil, itu menimbulkan persoalan kewujudan,” katanya.

Encik Shanmugam tidak menafikan bahawa terdapat manfaat tergolong dalam kaum majoriti di Singapura dan terdapat perkauman bersahaja atau casual racism dan sedikit prasangka di Singapura.


Namun Singapura telah menangani perkara ini dengan lebih baik daripada kebanyakan tempat-tempat lain, ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >