Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura,Vietnam luaskan kerjasama taman perindustrian

Aug 29, 2023 | 06:52 PM



Empat Taman Perindustrian Vietnam-Singapura (VSIP) baru akan ditubuhkan di serata Vietnam, sekali gus merangsang kerjasama dua hala dalam pembangunan taman perindustrian.

Ini setelah syarikat setempat, Sembcorp, dan Becamex dari Vietnam, menerima lesen pelaburan untuk membangunkan taman perindustrian seluas 600 hektar di kawasan Lang Son serta kelulusan secara prinsip untuk membangunkan VSIP baru di wilayah Thai Binh, Binh Thuan dan Ha Tinh.

Ini menjadikan jumlah VSIP kepada 17 di 13 lokasi di Vietnam.

Kededua syarikat itu juga akan membangunkan 10 VSIP yang berpotensi di kawasan seperti Binh Phuoc dan Tay Ninh di selatan Vietnam.

Menjelaskan semasa Sidang bagi Menggalak Pelaksanaan Projek Kerjasama Vietnam-Singapura di Pejabat Pemerintah Hanoi pada Selasa, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata penambahan itu menunjukkan kerjasama kukuh antara Singapura dengan Vietnam. 

“Ini mencerminkan kerjasama kukuh antara Singapura dengan Vietnam, serta keyakinan bersama kita terhadap pertumbuhan Vietnam pada masa depan.

“Sememangnya VSIP adalah satu kisah inovasi dan kemajuan yang berterusan,” ujar beliau.

Menurut Encik Lee, VSIP Binh Duong yang pertama tertumpu kepada pengilangan ringan, manakala VSIP Binh Duong II pula menampilkan kemudahan logistik moden.

“Kini, taman perindustrian Binh Duong III akan menjadi taman perindustrian hijau dan bijak dengan ladang solar. Ia juga akan menerapkan teknologi bijak dalam operasinya dan memenuhi Tanda Hijau Singapura bagi distrik perindustrian,” katanya sambil menambah bahawa VSIP Binh Duong III akan menempatkan kilang neutral karbon pertama di dunia bagi syarikat kumpulan Lego. 

“Adalah menjadi harapan saya projek VSIP akan terus menyumbang dan kekal relevan kepada pembangunan ekonomi dan transformasi perindustrian di Vietnam.”

Secara keseluruhan, 13 projek VSIP sedia ada, yang meliputi lebih 11,000 hektar mempunyai lebih 900 penyewa dan pelaburan modal bernilai lebih AS$18 bilion ($24.38 bilion). Ia juga telah menjana hampir 300,000 pekerjaan. 

Menurut Encik Lee, perkembangan berterusan projek VSIP juga mengisyaratkan hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh. 

Sehingga akhir 2022, Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar Vietnam, dengan pelaburan kumulatif sebanyak AS$71 bilion. 

Malahan, kata Encik Lee, banyak syarikat Singapura adalah pelabur awal di Vietnam dalam pelbagai sektor – daripada pembangunan bandar, logistik kepada gaya hidup serta pengguna – dan bertemu rakan kerjasama yang baik di Vietnam, seperti dalam hal Sembcorp and Becamex. 

“Sedang ekonomi Vietnam meningkat dalam rantai nilai dan menuju ke arah masa depan yang mengeluarkan sifar karbon, terdapat banyak ruang lagi untuk kita bertukar-tukar pengalaman dan pekerjaan bersama, khususnya dalam ekonomi hijau dan ekonomi digital,” tambah Encik Lee. 

Semasa lawatan ini, kededua pemimpin turut menyaksikan beberapa perjanjian dalam bidang-bidang tersebut. 

Sementara itu, dalam ucapannya, Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh menyifatkan projek VSIP sebagai model dan simbol kerjasama dua hala dan pembangunan ekonomi.

Encik Pham turut melahirkan kesediaan negara itu membawa hubungan ekonomi dengan Singapura ke tahap lebih tinggi, menyusuli pertemuan kali ini. 

Dalam persidangan itu juga, Encik Lee bersama Encik Pham telah merasmikan acara pecah tanah bagi tiga VSIP secara maya.

Ini adalah VSIP Can Tho di Delta Mekong, VSIP Bac Ninh II di Delta Sungai Merah serta VSIP Nghe An II di sekitar Pantai Tengah Utara. 

Pemecahan tanah itu menandakan permulaan pembangunan tanah untuk diserahkan kepada pelanggan mulai 2024. 

Pada hari ketiga dan terakhir lawatannya ke Hanoi, Encik Lee berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan para pelajar Universiti Nasional Vietnam (VNU) di universiti itu.

Beliau juga menyertai satu dialog bersama para peserta program Pertukaran Pemimpin Belia Singapura-Vietnam, yang dianjurkan Majlis Belia Nasional (NYC) dan rakan sejawatan serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >