Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kepercayaan politik dipupuk selama 50 tahun hubungan diplomatik

Aug 28, 2023 | 11:06 PM
BERTUKAR HADIAH: (Dari kanan) Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong sedang melihat hadiah yang disampaikan oleh kededua pemimpin sebelum majlis jamuan malam rasmi. Turut memerhatikan ialah Cik Ho Ching dan isteri Encik Pham, Cik Le Thi Bich Tran.
BERTUKAR HADIAH: (Dari kanan) Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong sedang melihat hadiah yang disampaikan oleh kededua pemimpin sebelum majlis jamuan malam rasmi. Turut memerhatikan ialah Cik Ho Ching dan isteri Encik Pham, Cik Le Thi Bich Tran. - Foto ZAOBAO

Singapura dan Vietnam telah membina kepercayaan politik utuh sepanjang 50 tahun hubungan diplomatik, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. 

Ikatan kededua negara yang semakin erat dan bertenaga, jelas menyerlah dan dicerminkan dalam pembinaan lebih sedozen Projek Kerjasama Pelaburan Vietnam-Singapura (VSIP) di bahagian utara, tengah dan selatan Vietnam. 

Encik Lee berkata demikian semasa ucapan majlis jamuan malam rasmi, yang dihoskan oleh Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh dan isteri, di Pejabat Pemerintah di Hanoi, Vietnam. 

Ini adalah kali pertama Encik Lee membuat kunjungan ke Hanoi sejak 2018, di mana beliau menghadiri Forum Ekonomi Dunia mengenai Asean. 

Mengenang semula hubungan kededua negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Encik Lee berkata dua mantan perdana menteri, mendiang Encik Lee Kuan Yew serta Encik Goh Chok Tong menikmati persahabatan yang baik dengan rakan sejawatan masing-masing, Encik Vo Van Kiet dan Encik Phan Van Khai.

Menurut beliau, yang ditemani isterinya dalam jamuan malam itu, tempoh pemerintahan kededua pemimpin Vietnam itu telah menyaksikan ekonomi negara itu berkembang maju di samping penubuhan VSIP yang pertama.

“Hakikatnya kita kini mempunyai lebih sedozen VSIP di utara, tengah dan selatan Vietnam mencerminkan hubungan kita yang semakin meningkat dan bertenaga,” ujar Encik Lee.

“Saya telah diberikan penghormatan untuk meneruskan kerjasama rapat ini, setelah bekerjasama dengan beberapa perdana menteri Vietnam untuk menubuhkan dan memperkukuhkan Kerjasama Strategik.”

Isu peranan anggota negara Asean turut disentuh Encik Lee dalam ucapan itu. 

“Sebagai rakan anggota Asean, Singapura dan Vietnam berkongsi peranan dan kestabilan serta kemakmuran rantau ini. 

“Dengan ketegangan politik yang meningkat, kita mesti bekerja lebih rapat untuk mengekalkan Kepusatan Asean dan mempertahankan sistem dunia pelbagai pihak, yang berdasarkan peraturan.

“Semua ini adalah sebab kukuh yang memberikan saya keyakinan bahawa hubungan kita akan terus berkembang maju bagi banyak dekad mendatang,” jelas Encik Lee. – ATIYYAH MOHD SAID

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg