Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sriwana cari bakat baru sertai kegiatan kesenian

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



SRIWANA kini mencari bakat baru baru untuk menyertai kegiatan keseniannya dalam bidang tarian, drama dan kompang.



Bengkel bagi tarian dan kompang akan dijalankan seminggu sekali, manakala bengkel bagi drama akan dijalankan dua kali dalam seminggu.



Pereka tari di Sriwana, Encik Jushairil Zaid berkata:



"Tujuan usaha perekrutan ini adalah untuk mendapat wajah-wajah baru dan pelapis yang akan berjuang untuk melestarikan seni melayu.



"Harapan kami adalah untuk mendapat sebanyak mungkin pendaftaran yang akan berseni demi seni dan mengekalkan persatuan Sriwana untuk tahun-tahun yang akan datang."



Encik Jushairil berkata mereka yang menghadiri bengkel Sriwana akan mendapat peluang membuat pementasan.



Bengkel Sriwana 2023 akan bermula bulan ini.



Bengkel tarian cilik, bagi kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun, akan diadakan setiap Sabtu petang dengan yuran bulanan sebanyak $10.



Bengkel tarian dewasa, bagi mereka berusia 13 tahun ke atas, akan diadakan setiap Rabu malam dengan yuran bulanan $10.



Bagi kegiatan seni drama, iaitu bagi peringkat umur 15 tahun hingga 50 tahun, bengkel akan diadakan setiap Khamis dan Sabtu malam, dengan yuran bulanan $6.



Manakala itu, sesi kompang bagi mereka berusia 13 tahun ke atas akan diadakan setiap Jumaat malam, dengan yuran bulanan $10.



Mereka yang berminat juga akan dikenakan bayaran $15 untuk yuran pendaftaran dan $15 untuk baju Sriwana.



Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar boleh melakukannya m menerusi https://forms.gle/fF4howJkHusoxZn58 atau berkunjung ke Studio Sriwana di Goodman Arts Centre, hari ini dari 11 pagi hingga 3.30 petang bagi pendaftaran secara fizikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >