Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf SMRT dipuji, hantar penumpang warga emas ke rumah

Oct 20, 2023 | 04:53 PM



Dua pekerja SMRT mendapat pujian warga net apabila video yang menunjukkan mereka membantu seorang warga emas, tular di media sosial.

Pada 13 Oktober sekitar 10.25 malam, Penolong Pengurus stesen MRT MacPherson, Encik Abdul Basit Abas dan Muhammad Shahiran Shah Sha’adan yang sedang bekerja syif malam, dimaklumkan oleh pegawai bertugas di stesen MRT Serangoon tentang seorang penumpang yang memerlukan bantuan.

Mereka bergegas menunggu di platform MRT untuk menyambut penumpang lelaki itu, yang kelihatan sangat lemah.

Penumpang tersebut bergerak menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) dan kelihatan lemah dengan badannya terkulai pada bahagian pemegang kenderaannya itu.

Penumpang itu tidak memerlukan bantuan perubatan, tetapi hanya mengalami kepenatan yang berlebihan dan tidak dapat mengendalikan kenderaan PMD itu sendiri.

Dengan arahan penumpang tersebut, Encik Basit mendapatkan alamatnya menerusi sepucuk sampul surat yang diletak di salah satu bahagian alat mobiliti peribadinya itu.

Percubaan untuk berhubung dengan ahli keluarga penumpang itu pula tidak berhasil.

Tanpa membuang masa, kedua-dua staf MRT itu terus mendapatkan kebenaran daripada ketua stesen untuk menghantar penumpang itu pulang ke rumahnya, yang terletak lebih kurang 800 meter dari stesen tersebut, dan lebih kurang 11 min perjalanan. Mereka menemaninya terus ke rumah.

SMRT berkata mereka sangat berbangga dengan inisiatif kedua pekerjanya itu. Dalam kenyataan media, Ketua Laluan Circle (CCL) SMRT Trains, Encik Ng Chan Cheok menambah:

“SMRT berbangga kerana Penolong Pengurus Stesen kami, Encik Abdul Basit Abas dan Encik Muhammad Shahiran Shah Sha’adan, bertindak tampil ke depan dan melebihi jangkaan untuk menjaga penumpang warga emas itu serta menemaninya dari stesen MRT sehingga beliau selamat pulang.

“Ini adalah salah satu contoh etos perkhidmatan WeCare SMRT yang mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan penumpang dalam rangkaian MRT kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >