Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem iSafe pantau keselamatan penumpang di LRT Bukit Panjang

Jul 06, 2023 | 07:19 PM



Sebuah sistem analitik video yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) telah diterapkan di Laluan LRT Bukit Panjang (BPLRT) untuk mengenal pasti kejadian jika seseorang memasuki kawasan trek LRT di stesen.

Dilancarkan pada Khamis dalam satu acara di depot BPLRT di Junction 10, sistem iSafe itu adalah usaha terkini pengendali rel SMRT dalam meningkatkan keselamatan penumpang.

Sistem itu akan memeriksa rakaman video secara langsung dari sebanyak 104 kamera yang dipasang di semua landasan 13 stesen laluan LRT itu sepanjang masa tanpa henti.

Ia akan memberitahu kakitangan SMRT apabila mengenal pasti terdapat individu yang memasuki kawasan landasan kereta api atau berada di hujung platform.

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata semasa acara pelancaran itu bahawa meskipun kejadian penumpang yang menceroboh masuk ke landasan kereta api jarang berlaku, ia boleh menyebabkan kesan serius.

Dr Khor berkata komuniti pengangkutan, termasuk Penguasa Pengangkutan Darat (LRT) dan pengendali pengangkutan darat di sini, sedang berusaha mencari cara bagi mengurangkan kejadian sebegitu.

Platform stesen LRT mempunyai penghalang tetap dengan beberapa ruang kosong bagi penumpang masuk atau keluar dari tren.

Dr Khor berkata, platform LRT tidak mempunyai cukup ruang untuk dilengkapkan pintu skrin platform serupa yang dipasang di stesen MRT atas tanah.

Sepanjang sedekad lalu, terdapat dua kematian dan satu kes kecederaan disebabkan penumpang yang memasuki landasan LRT.

SMRT berkata iSafe telah mengesan satu pencerobohan di landasan pada 2 Julai sejak sistem itu mula beroperasi pada 1 Julai.

Pengendali pengangkutan itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian itu apabila ditanya The Straits Times (ST).

Menurut SMRT, iSafe kini mempunyai ketepatan 99.8 peratus dalam mengenal pasti kejadian individu yang memasuki kawasan trek.

SMRT menjangka kadar ketepatan itu akan bertambah baik sedang sofwe sistem itu memahami data yang diperolehi dalam masa nyata.

Ini termasuk kebolehannya mengenal pasti sama ada sesuatu objek di hujung platform stesen itu adalah manusia atau tidak.

Sehingga kini, sistem itu hanya memantau ciri-ciri tertentu seperti kepala dan badan untuk mengenal pasti ia manusia.

Maklumat video dari stesen-stesen akan dihantar ke pusat kawalan operasi di Depot LRT Ten Mile Junction menerusi kabel gentian optik dengan kepantasan waktu langsung.

Apabila sistem itu mengesan pencerobohan di landasan, ia akan mengeluarkan bunyi amaran di pusat kawalan.

Staf juga akan menerima amaran visual dalam bentuk jendela ‘pop-up’ serta petikan gambar kejadian itu dengan individu yang memasuki landasan tersebut dikenal pasti dengan jelas, selain rakaman langsung kamera litar tertutup (CCTV) keadaan semasa di stesen.

Selepas seorang kakitangan SMRT mengesahkan ada seseorang yang memasuki kawasan trek, bekalan tenaga LRT akan putus agar dapat menghentikan tren yang sedang beroperasi di landasan.

Ia mengambil masa hanya beberapa saat untuk menyambung semula bekalan tenaga ke landasan supaya kereta api dapat bergerak semula.

Namun SMRT berkata, waktu yang diperlukan untuk menangani kejadian tersebut bergantung pada keadaan, misalnya apabila individu yang memasuki trek itu mengalami kecederaan dan tidak dapat dipindahkan dengan selamat.

Sistem itu juga berupaya mengenal pasti individu yang berada di zon “jangan dekat” di platform. Apabila ini berlaku, sistem pengumuman akan mengingatkan penumpang supaya menjauhi kawasan tersebut dan berdiri di belakang garisan kuning.


Sebelum ini, tugas mengenal pasti pencerobohan di landasan LRT dilakukan secara manual, dengan kakitangan menyemak semula rakaman CCTV.


SMRT berkata, sistem iSafe menambah baik kaedah menyeluruh bagi menjamin keselamatan penumpang di stesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >