Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB lantik Ketua Eksekutif baru

May 04, 2023 | 05:30 AM



LEMBAGA Pelancongan Singapura (STB) akan diterajui Ketua Eksekutif (CE) baru, Cik Melissa Ow Yin-Mei, yang akan mengambil alih daripada Encik Keith Tan Kean Loong bermula 1 Jun.



Cik Ow kini merupakan Naib Presiden Kanan bagi Pengalaman Pelanggan di Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



Menurut satu kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu, Cik Ow dikerah ke EDB daripada STB pada Jun 2020.



"Di EDB, beliau memainkan peranan penting dalam mengubah model perniagaan dan pemasaran perniagaan-ke-perniagaan (B2B) pertubuhan itu.



"Beliau menerajui usaha mempromosikan jenama perniagaan Singapura di peringkat global serta pemasaran dan perhubungan EDB di pasaran utama seperti Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun," kata MTI.



Sebelum dikerah ke EDB, Cik Ow menyandang beberapa jawatan di STB, kali terakhir sebagai Timbalan Ketua Eksekutif.



Dalam peranan itu, beliau telah menerajui STB untuk menjadikan Singapura tempat menarik bagi acara utama serta menarik pelaburan pelancongan yang utama, kata MTI lagi.



Encik Tan pula menjadi CE STB sejak 29 Oktober 2018 dan telah menerajui STB dalam membangun, memasarkan serta mempromosikan Singapura sebagai destinasi untuk pelancong perniagaan dan pelancong biasa.



Beliau mengembangkan industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice), sekali gus membantu menjadikan Singapura sebagai hab Global-Asia yang penting, serta menawarkan peluang perniagaan bagi syarikat Singapura.



"Apabila pandemik Covid-19 melanda dan sempadan antarabangsa ditutup, Encik Tan membimbing sektor pelancongan untuk menyokong usaha mengatasi Covid-19," kata MTI.



Sebagai contoh, di bawah kepimpinannya, hotel, kapal pelayaran dan tempat Mice digunakan sebagai kemudahan khas untuk pemulihan dan penjagaan, manakala pemandu pelancong dan pekerja yang hilang pekerjaan dikerah untuk menyokong usaha nasional.



Encik Tan juga memberi bimbingan dalam usaha membuka semula sektor pelancongan dari hujung 2021, hingga acara perniagaan dan acara lain yang berskala besar diadakan semula serta kemudahan pelancongan dibuka semula pada 2022.



Setiausaha Tetap (Dasar) MTI, Encik Gabriel Lim, berkata: "Keith dan Melissa memaparkan kepimpinan utuh dan memberi sumbangan yang besar.



"Keith memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pelancongan Singapura dan kami menghargai sumbangannya kepada industri itu.



"Melissa tidak asing lagi kepada industri pelancongan Singapura. Dengan pengalamannya yang luas serta pemikiran strategiknya, saya yakin beliau akan menerajui STB ke tahap lebih tinggi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >