Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB, Warner Bros. Discovery umum kerjasama 3 tahun

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



DEMI memberi inspirasi kepada pelancong untuk memilih Singapura sebagai destinasi mereka, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan syarikat media dan hiburan global, Warner Bros. Discovery (WBD), mengumumkan kerjasama tiga tahun mereka dalam kandungan hiburan dan gaya hidup, serta pemasaran bersama, semalam.



Kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mencipta kandungan baru, memanfaatkan portfolio luas jenama dan francais popular WBD.



"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery dan memanfaatkan kepakaran mendalam mereka dalam penceritaan kreatif untuk memaparkan Singapura sebagai sebuah bandar yang menyeronokkan dan bertenaga.



"Perkongsian ini akan mewujudkan lebih banyak platform untuk melibatkan penonton di seluruh dunia, yang seterusnya akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai salah satu bandar terbaik di dunia untuk pelawat dan penduduk tempatan," kata Encik Keith Tan, Ketua Eksekutif STB.



Perkongsian itu memanfaatkan kepakaran WBD dalam bercerita dan rangkaian pengedaran global untuk menghiburkan penonton melalui perspektif bandar yang dibayangkan semula.



Perkongsian itu akan mempersembahkan cerita tempatan asli yang merangkumi pelbagai genre - daripada format skrip seperti siri drama dan animasi, juga dokumentari untuk mempamerkan Singapura secara global.



Perkongsian itu akan dimulakan dengan siri HBO Asia Originals, Food Affair with Mark Wiens, yang akan membawa penonton dalam perjalanan gastronomi melalui tempat makan Singapura yang kaya dan pelbagai.



"Asia menyediakan ruang yang luas untuk bercerita, dan kami berbesar hati untuk melanjutkan komitmen kami melalui kerjasama strategik baru dengan STB.



"Merangkumi pelbagai format dan genre, rancangan asli ini akan menceritakan kehidupan rakyat, budaya dan semangat yang menjadikan Singapura unik sebagai sebuah destinasi," kata Encik Clement Schwebig, Presiden dan pengarah urusan Warner Bros. Discovery India, Asia Tenggara dan Korea, yang akan menyampaikan cerita kepada khalayak tempatan dan antarabangsa melalui rangkaian Warner Bros. Discovery.




"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery dan memanfaatkan kepakaran mendalam mereka dalam penceritaan kreatif untuk memaparkan Singapura sebagai sebuah bandar yang menyeronokkan dan bertenaga."
- Ketua Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Encik Keith Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >