Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen MRT Novena dibuka semula selepas ditutup akibat asap unit penghawa dingin

Oct 27, 2023 | 08:34 PM



Kereta api yang bergerak di sepanjang Laluan Utara-Selatan (NS) tidak berhenti di stesen MRT Novena pada Jumaat, selepas asap unit penghawa dingin memenuhi stesen bawah tanah itu.

Menukil The Straits Times (ST), insiden itu menyebabkan SMRT menutup stesen itu, dan kereta api tidak berhenti di sana selama kira-kira dua jam semasa waktu sibuk.


Terdapat video yang disiarkan di Facebook pada 5.45 petang menunjukkan asap dari platform stesen naik ke gantri stesen MRT itu.

Dalam catatan berikutnya pada 7.29 malam, stesen itu dibuka semula untuk perkhidmatan.

Pengendali pengangkutan itu berkata dalam satu catatan di platform media sosial, X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, bahawa stesen itu ditutup pada 5.49 petang.

Pihak SMRT memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berkata perkhidmatan bas percuma disediakan untuk penumpang dalam perjalanan antara stesen Newton dan Toa Payoh.

Sementara itu, beberapa kenderaan dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), termasuk sebuah jentera bomba dan Kenderaan Melawan Api Ringan (LFAV), dilihat di luar stesen itu.

SCDF berkata dalam catatan Facebook bahawa SMRT telah melaporkan tentang “asap putih” dan bau terbakar di kawasan legar stesen Novena pada 5.30 petang.

“Apabila SCDF tiba, asap putih telah tiada. Setelah penyiasatan awal oleh SCDF dan SMRT, punca asap putih ditentukan berpunca daripada motor unit pengendalian udara di dalam sebuah bilik di lantai concourse,” kata SCDF.


Tiada sebarang laporan kecederaan dilaporkan.

Unit pengendalian udara ialah penghawa dingin komersial yang besar.

SMRT sejak itu telah mengasingkan sistem unit untuk siasatan lanjut. Pengendali pengangkutan itu merujuk ST kepada saluran media sosialnya apabila diaju dengan pertanyaan.

Seorang penjawat awam, Cik Joanne Loh, yang dipetik akhbar The Straits Times berkata.


“Penumpang diminta menaiki perkhidmatan bas pengantara. Kakitangan SMRT memberitahu penumpang bahawa kereta api itu dapat beroperasi dengan lancar, tetapi stesen itu menghadapi isu,” katanya.

Cik Loh, 33 tahun, menambah bahawa perhentian bas itu ramai orang, dan terdapat kesesakan trafik di kawasan itu juga.

“Saya tidak terlalu gembira mengambil laluan yang lebih jauh ke destinasi saya melalui Rochor MRT tetapi saya rasa ia tidak dapat dielakkan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >