Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen pam minyak Esso Tampines dengan patung harimau, ditutup

Oct 04, 2023 | 07:39 PM



Penduduk kawasan timur Singapura dan pemandu yang sering melalui Tampines pasti pernah melihat seekor harimau di luar sebuah stesen pam minyak Esso di Tampines Avenue 7.

Namun selepas ‘duduk’ di situ selama lebih tiga dekad, patung harimau batu itu nampaknya sudah tidak kelihatan lagi.

Ini selepas stesen minyak itu ditutup pada 27 September dan akan diganti sebuah pengendali baru kelak.







Hal itu didedahkan dalam satu catatan di Facebook oleh Anggota Parlimen (GRC Tampines) Encik Baey Yam Keng dengan beberapa warganet menggesa agar patung harimau itu atau satu tanda peringatan lain dibangunkan di tapak yang sama.

Encik Baey yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), berkata stesen itu kelihatan sudah dikepung pada 10 malam, apabila belia melawati kawasan itu untuk mengisi minyak pada tarikh penutupannya.

Beliau berkata stesen pam minyak itu mempunyai “tempat istimewa dalam hati warga Singapura”, terutamanya penduduk Tampines.







Ia juga digunakan sebagai set penggambaran siri komedi Mandarin 90an berjudul “Don’t Worry Be Happy”.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook bernama Encik Andrew Theseus Yang, misalnya berkata:

“Harimau itu telah ditempatkan di situ sejak saya berpindah di situ dan ia merupakan sebuah tempat ikonik bagi ramai orang.

“Sedih untuk melihatnya pergi.”

Menukil laporan The Straits Times, stesen pam minyak itu telah ditutup kerana pajakannya – yang melebihi 30 tahun – telah tamat dan sebuah syarikat baru akan mengambil alih, kata pengurus penjualan minyak runcit ExxonMobil Asia-Pacific.


Laman Penguasa Tanah Singapura (SLA) pula menyatakan tender bagi plot tanah itu telah dimenangi Singapore Petroleum Company (SPC) dengan bidaan setinggi $500,540.

Namun Encik Baey berkata pihaknya telah mencadangkan agar satu tanda dapat dibangunkan sebagai memperingati stesen pam minyak ikonik itu.

Sebagai sebahagian Program Pembaharuan Kejiranan (NRP) blok-blok HDB daerah itu, Encik Baey berkata pihaknya telah membuat usulan agar satu tanda dibangunkan di situ dengan tajuk siri komedi, “Don’t Worry Be Happy”.







Beliau juga menyarankan ExxonMobil Singapore – syarikat yang mengendali Esso – untuk menderma patung harimau itu bagi usaha demikian.

Namun Esso Singapore berkata itu tidak akan terjadi.

Apabila ia menjawab Encik Baey dalam ruang komen catatannya, Esso Singapore berkata meskipun pihaknya rasa terharu dengan sambutan orang ramai terhadap stesen minyak itu, harimau tersebut akan dipindahkan ke sebuah “rumah baru”.

“Kami sama sekali sedih untuk melihat Esso Tampines Avenue 7 diganti,” katanya.

“Kami rasa terharu dengan ikatan yang sangat mendalam serta sokongan padu oleh anda (Encik Baey) dan penduduk Tampines.

“Harimau Esso kami akan dipindahkan ke rumah barunya tidak lama nanti.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >