Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Selepas dua minggu dilancarkan, penumpang lelaki masih kelihatan dalam koc wanita MRT RapidKL

M’sia: Abang Foodpanda minta penumpang lelaki alih dari gerabak wanita kereta api

Oct 04, 2023 | 06:22 PM



KUALA LUMPUR: Terpampang papan tanda dan label berwarna merah jambu dengan terang menunjukkan koc atau gerabak keretapi MRT RapidKL arah Kajang itu dikhaskan untuk kaum wanita, tetapi masih ramai yang tidak ambil endah malah melanggar peraturan.


Baru-baru ini seorang penumpang dalam kereta api tersebut mengambil tindakan ‘menghalau’ mereka yang melanggar peraturan. Dengan nada tegas, lelaki yang berseragam Foodpanda itu kelihatan mengarahkan penumpang lelaki beralih ke koc keretapi yang lain.

Beliau kedengaran memberitahu penumpang yang bukan Melayu dalam bahasa Inggeris, “This side for woman!” (Sebelah sini untuk wanita!) sambil menundingkan jarinya kepada pelekat yang tertera jelas di lantai koc.

Sebuah video yang merakam adegan itu tular dan mendapat perhatian netizen yang menggelarkannya ‘wira’ kerana mempertahankan hak wanita dan menegakkan peraturan itu. Komen dalam video yang telah ditonton 724k orang rata-rata memuji sikap Abang Foodpanda yang sangat prihatin terhadap hak penumpang wanita.

Antara komen ialah dari seorang pembaca wanita @Zaiton Osman200 mengatakan : “Terbaik bro, Salute, Jaga kebajikan wanita!”


Gerabak keretapi yang ditetapkan hanya untuk wanita telah diperkenalkan oleh RapidKL di laluan Kajang pada 18 September lalu. Hanya sehari selepas pelancaran, terdapat video pendek yang dimuat naikkan oleh @Shueeewenn menunjukkan penumpang lelaki yang duduk di situ di luar waktu puncak. Kelakuan itu mendapat perhatian para netizen dan akhbar.

Seorang pembaca yang dikenali sebagai Encik Muhammad Fuad berkata :

“RapidKL dan Kementerian Pengangkutan sepatutnya mengenakan denda pada mereka yang melanggar undang-undang. Hanya dengan cara ini pihak berkuasa dapat melaksanakan kerja mereka.”

KTM Komuter juga mempunyai gerabak khas wanita sahaja yang diperkenalkan pada 28 April 2010 demi kepentingan penumpang wanitanya, yang membentuk 60 peratus daripada penggunanya.

Encik Jai (nama di TikTok), pemilik video tular itu berada dalam kereta api yang sama dalam perjalanan ke Bukit Bintang dari Damansara. Dalam muatan terbarunya, dalam satu lagi perjalanan yang lain, kelihatan masih ramai lagi penumpang lelaki masih memenuhi gerabak yang dikhaskan untuk wanita. Beliau meletakkan kapsyen “Abang Foodpanda, awak di mana?”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >