Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen Sungei Kadut percepat hubungan warga ke bandar

May 26, 2019 | 05:30 AM



DUA stesen MRT baru akan dibina di bahagian barat laut negara ini bagi mempermudah perjalanan warga ke serata pulau menjelang 2030.



Turut dirancang ialah lanjutan Laluan MRT Thomson-East Coast bagi mempermudah perjalanan dari Lapangan Terbang Changi ke bandar.



Demikian antara rancangan yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040 yang dilancarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Di bawah pelan tersebut, Stesen Pertukaran Sungei Kadut baru akan dibina di Laluan Utara-Selatan (NSL) di antara Stesen Kranji dengan Stesen Yew Tee.



Stesen itu akan turut dihubungkan kepada Laluan Downtown (DTL), menjadikan stesen pertukaran itu perhentian terakhir bagi DTL selepas Stesen Bukit Panjang.



Stesen pertukaran Sungei Kadut akan memberi khidmat kepada penduduk di kawasan barat laut termasuk Yew Tee, Choa Chu Kang dan Sungei Kadut.



Ia juga memberi manfaat kepada pekerja di pembangunan JTC Corporation (JTC) di Sungei Kadut pada masa depan, seperti TimMac, untuk firma kecil dan sederhana dalam industri logam, jentera dan kayu; Trendspace, sebuah pembangunan pelbagai peringkat tinggi yang pertama di Singapura bagi syarikat perabot; dan Taman Inovasi Pertanian-Makanan (AFIP).



Dengan ini, warga di kawasan tersebut juga dapat menjangka perjalanan lebih cepat dari rumah mereka, ke kawasan pusat bandar - dengan menikmati penjimatan masa perjalanan sehingga 30 minit.



Satu lagi stesen yang akan dibina ialah Stesen Brickland, yang akan dimasukkan di NSL - di antara Stesen Choa Chu Kang dengan Stesen Bukit Gombak.



Mengalu-alukan berita tersebut, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, berkata pembinaan stesen baru itu akan memberi manfaat kepada penduduk Keat Hong dan Chua Chu Kang.



Beliau, yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, berkata pihaknya telah mengemukakan saranan membina stesen MRT baru di kawasan tersebut di Parlimen beberapa tahun lalu dan gembira LTA telah mempertimbangkan saranan beliau.



"Apabila Stesen Brickland siap kelak, ia akan mempermudah perjalanan penduduk Chua Chu Kang ke serata pulau," ujarnya ketika dihubungi semalam.



Selain pembinaan dua stesen MRT baru, perjalanan ke lapangan terbang akan dipermudah.



Laluan Thomson-East Coast (TEL) akan dilanjutkan dari Stesen Sungei Bedok yang baru ke Lapangan Terbang Changi.



Kereta api akan melalui Terminal 5 yang sedang dibina, laluan baru ini juga akan menyambung ke laluan di antara Lapangan Terbang Changi dengan Tanah Merah di Laluan Timur-Barat (EWL), dan akan ditukar menjadi sebahagian daripada TEL lanjutan.



Selain menyediakan sambungan kereta api langsung dari Lapangan Terbang Changi ke bandar, ia juga akan menghubungkan lapangan terbang itu ke stesen sepanjang TEL hingga Woodlands North, dengan penumpang boleh berpindah ke laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Singapura-Johor, yang akan dibina pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >