Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Suami sanggup isteri dirogol lelaki lain, dipenjara 29 tahun

May 05, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara 29 tahun dan 24 sebatan selepas dia mengaku di mahkamah bahawa dia memberi isterinya ubat penenang, dan kemudian isterinya dirogol oleh lima lelaki untuk memenuhi fantasi perkongsian isteri dalam tempoh lapan tahun.



Bapa kepada empat anak yang dikenali sebagai J itu turut mengaku telah merogol isteri dua daripada kumpulan lelaki itu.



Serangan seksual itu sering dilakukan tanpa menggunakan perlindungan, dengan kumpulan lelaki itu mengambil gambar dan video melakukan perbuatan itu.



J merupakan dalang utama berkaitan kes yang tidak pernah berlaku sebelumnya di mana sekumpulan suami yang mempunyai fantasi berkongsi isteri berpakat dengan lelaki lain untuk memberi dadah kepada isteri mereka dan kemudian merogol mereka.



Daripada tujuh lelaki yang telah dihadapkan ke mahkamah, J, pegawai keselamatan, menghadapi jumlah tuduhan paling banyak.



Pada Khamis, dia mengaku bersalah atas enam tuduhan, dengan 11 tuduhan lagi diambil kira.



Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim See Kee Oon berkata: "Kes ini melibatkan pengkhianatan yang mengejutkan terhadap kepercayaan perkahwinan dan penyelewengan seksual yang teruk".



Hakim berkata beliau tidak diyakinkan bahawa J benar-benar menyesal, walaupun lelaki itu mendakwa dia mahu menebus kesalahannya.



Hakim berkata pengakuan lelaki itu penuh dengan percubaan kepentingan diri sendiri dan untuk mengalihkan tanggungjawab dan kesalahan kepada orang lain, termasuk tertuduh bersama, malah turut menyalahkan mangsa.



Lima daripada tujuh lelaki itu telah dijatuhi hukuman penjara antara tiga dengan 22 tahun. Tiga daripada mereka masing-masing turut dijatuhi hukuman 20 sebatan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >