Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PILIHAN RAYA 2020

Suara pembangkang tetap ada di Parlimen

Chun Sing: Skim NCMP jamin sekurang-kurangnya 12 kerusi bagi pembangkang tidak kira keputusan
Jul 02, 2020 | 05:30 AM



SUARA pembangkang tidak akan hilang di Parlimen kerana skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) menjamin sekurang-kurangnya 12 kerusi bagi pembangkang walau apa jua keputusan pilihan raya umum, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



SUARA PEMBANGKANG



Malah, tambahnya, suara pembangkang juga boleh didengar baik di dalam mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial sekarang.



"Ramai anggota pembangkang sendiri yang mengatakan bahawa dengan media sosial sekarang, mereka dapat mendekati (orang ramai) di ruang siber dan suara mereka boleh didengar baik di dalam mahpun di luar Parlimen.



"Ini tidak seperti dahulu... dengan kurang akses kepada media sosial dan suara mereka mungkin tidak dapat didengar sebanyak atau secepat sekarang. Namun, ini sudah berubah," ujarnya.



Dalam satu wawancara bersama Berita Harian di pejabat Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Holland Close kelmarin, Encik Chan berkata sekiranya pembangkang menang 12 atau lebih kerusi sebagai Anggota Parlimen (AP), ini bermakna terdapat 12 atau lebih AP pembangkang.



Namun, sekiranya mereka menang 12 atau kurang kerusi, mereka masih akan ada AP Tanpa Kawasan Undi di Parlimen dan jumlah minimum AP pembangkang di Parlimen adalah 12.



Encik Chan akan bertanding sebagai calon PAP bersama Cik Indranee Rajah, Cik Joan Pereira, Encik Alvin Tan dan Encik Eric Chua di GRC Tanjong Pagar bagi Pilihan Raya Umum 2020.



Mereka akan bersaing dengan calon pasukan Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang dianggotai Encik Michael Chua, Cik Wendy Low, Encik Harish Pillay, Encik Abas Kasmani dan Encik Terence Soon.



DEKATI & KENALI PENDUDUK



Pilihan raya umum kali ini berbeza daripada pilihan raya umum yang lalu, dengan pihak berkuasa mengenakan sekatan ke atas kegiatan bertemu penduduk, interaksi menerusi kunjungan rumah ke rumah dan kegiatan mendekati penduduk secara fizikal yang lain disebabkan pandemik Covid-19.



Ini memaksa kegiatan pilihan raya termasuk rapat dan berkempen dilakukan secara dalam talian.



Namun, Encik Chan menarik perhatian, apa yang lebih penting ialah usaha mendekati penduduk selama ini.



"Bagi calon yang merupakan AP kawasan undi berkenaan dan kini bertanding di situ lagi... kalau mereka tidak menjalankan tugas mereka dan tidak menjalin hubungan muhibah (dengan penduduk) selama ini, apa yang mereka lakukan dalam tempoh sembilan hari (berkempen) ini tidak bermakna.



"Saya selalu berkongsi dengan pasukan saya di Tanjong Pagar bahawa jika kita sudah menjalankan tugas kami sepanjang lima tahun lalu, kita tidak seharusnya bekerja sekeras mereka yang tidak hadir di sini sebelum ini, semasa tempoh berkempen," ujarnya.



Namun, sesetengah calon baru tidak mempunyai rekod sedemikian dan tidak berpeluang melibatkan diri dalam kerja masyarakat di kawasan undi tempat mereka bertanding.



Ini memerlukan mereka berusaha keras untuk mengenali penduduk dan membolehkan penduduk mengenali mereka.



"Itulah sebabnya kami kerahkan bakal calon awal supaya kedua-dua pihak boleh saling mengenali... supaya kami dapat mencapai satu padan yang tepat.



"Saya bertuah mempunyai Alvin (Tan) dan Eric (Chua) yang merupakan dua calon baru bagi GRC Tanjong Pagar. Mereka tidak asing lagi dengan Tanjong Pagar kerana sudah berkhidmat di sini dalam pelbagai peranan selama 15 tahun.



"Oleh itu, semasa mereka diperkenal, ramai penduduk sudah mengenali mereka. Saya rasa ini satu kelebihan yang besar," kata Encik Chan yang juga Penolong Setiausaha Agung Kedua PAP.



COVID-19



Di GRC Tanjong Pagar, Encik Chan berkata pasukannya memberi tumpuan penuh untuk menjaga penduduk, termasuk memberi 100 peratus perhatian memastikan semua penduduk dijaga baik dan mempunyai pekerjaan.



Ini lebih-lebih lagi dengan ramai orang kehilangan pekerjaan dek kesan Covid-19.



Seperti masyarakat Singapura yang lain, Encik Chan berkata masyarakat Melayu/Islam juga bimbang tentang prospek pekerjaan mereka kerana jumlah pekerja yang diberhentikan kian meningkat dalam banyak industri.



Sedang sesetengah perusahaan terpaksa mengubah model perniagaan mereka dan sesetengah pekerja juga perlu membuat penyesuaian termasuk dengan meningkatkan kemahiran, beliau terus menggalak orang ramai mencari pekerjaan jangka panjang, berbanding pekerjaan jangka pendek.



Tambahnya, penduduk juga rata-ratanya dapat menangani cabaran dek Covid-19 dengan pelbagai skim pemerintah yang dilaksana tetapi mereka turut bimbang tentang cabaran akan datang, termasuk sama ada mereka akan mempunyai pekerjaan dalam tiga hingga enam bulan mendatang.



Apabila ditanya adakah pandemik Covid-19 ini akan menjejas bagaimana penduduk mengundi, beliau berkata penduduk biasanya tidak mengundi berdasarkan satu isu dan daripada pengalamannya di Tanjong Pagar, penduduk akan menilai calon berdasarkan prestasi dan hubungan calon itu dengan mereka sepanjang lima tahun lalu.



Semasa membuat pilihan nanti, mereka akan antara lain bertanya adakah calon itu telah menunaikan janji mereka sepanjang lima tahun lalu dan adakah mereka yakin dengan calon itu buat lima tahun mendatang, ujar Encik Chan.



CALON BARU



PAP memperkenal 27 calon baru untuk bertanding dalam pilihan raya umum tahun ini, dengan enam daripada mereka merupakan calon Melayu.



Encik Chan berkata mereka gembira dengan barisan calon Melayu baru daripada pelbagai latar belakang itu.



Malah, menurut Encik Chan, yang telah menemu ramah calon baru itu, mereka juga telah bertemu dengan lebih ramai daripada enam calon Melayu itu yang diketengahkan untuk bertanding kali ini.



Meskipun tidak kesemua mereka dapat diketengahkan dalam pilihan raya umum tahun ini, beliau berkata mereka gembira sesetengah mereka akan terus menyumbang di sebalik tabir.



Bersama calon Melayu PAP lain yang akan bertanding, beliau juga yakin mereka berupaya mewakili pelbagai kepentingan warga Singapura dan masyarakat Melayu/Islam di sini dengan baik.




TENTANG CALON MELAYU BARU PAP



Kami gembira dengan barisan calon daripada pelbagai latar belakang itu.

Lebih penting lagi jika kita lihat pada seluruh barisan calon Melayu (PAP termasuk yang baru dan yang pernah berkhidmat sebagai AP sebelum ini), saya rasa mereka berupaya mewakili pelbagai kepentingan warga Singapura dan masyarakat Melayu/Islam di sini dengan baik.


- Encik Chan Chun Sing, Menteri Perdagangan dan Perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >