Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi $5,000 bagi beberapa program sarjana NTU, diskaun 10% untuk alumni

Oct 18, 2023 | 05:14 PM



Rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang berminat melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan dapat menerima subsidi $5,000 bagi program sarjana berasaskan kerja kursus mulai 2024.

Program sedemikian direka untuk lulusan universiti yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka dalam pengkhususan yang terpilih melalui kursus dan elektif.

Mereka yang layak mendapat bantuan kewangan boleh menerima subsidi sehingga $10,000.

Subsidi sekali sahaja itu layak untuk kedua-dua program sambilan dan sepenuh masa, yang biasanya berlangsung selama satu hingga dua tahun.

Selain itu, semua alumni NTU – tanpa mengira kewarganegaraan – juga akan menerima rebat yuran pengajian sebanyak 10 peratus apabila mereka mendaftar dalam program ini.

Lebih 5,200 pelajar dijangka meraih manfaat daripada langkah sokongan kewangan ini, yang merupakan sebahagian daripada usaha universiti untuk menjadikan pendidikan pos siswazah lebih mudah diakses.

Presiden NTU, Encik Ho Teck Hua, berkata pada Sabtu: “Subsidi baru ini berfungsi sebagai insentif tambahan, menjadikan pembelajaran sepanjang hayat di NTU lebih mudah diakses oleh semua warga Singapura dan penduduk tetap, dan kepada alumni kami.”

Majoriti program kerja kursus lepasan ijazah di universiti autonomi tidak dibiayai oleh Kementerian Pendidikan (MOE), berbanding program yang berasaskan penyelidikan, yang mendapat pembiayaan pemerintah.

NTU mempunyai sejumlah 95 program sarjana mengikut kursus, 88 daripadanya dibiayai sendiri.

Kos program sedemikian dianggarkan antara $32,000 dengan $124,000.

Encik Marcus Chan, 28 tahun, yang lulus dari NTU pada 2020 dengan ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia, berkata: “Subsidinya agak besar dan program sarjana menjadi pilihan yang lebih berdaya maju dari segi kewangan.”

Beliau mahu melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi, kemungkinan dalam bidang teknologi kewangan (fintech) atau kecerdasan buatan (AI), dan merancang memohon program sarjana dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

Jurutera algoritma dalam firma pemula atau start-up menerima sijil siswazah dalam keperluan fintech daripada NTU selepas menjalani kursus selama tiga bulan.


“Industri kami agak berdaya saing, jadi bukan sesuatu yang luar biasa untuk memiliki ijazah sarjana muda. Mempunyai sarjana akan membantu anda agar lebih menonjol,” kata beliau.

“Ijazah sarjana muda mengajar anda perkara asas, dan anda perlu mengambil banyak kursus yang mungkin tidak berkaitan secara langsung dengan minat anda, tetapi program sarjana agak khusus, jadi anda boleh benar-benar fokus pada apa yang ingin anda pelajari.

“Ia juga penting untuk mengikuti perkembangan baru, seperti dalam AI, di mana keadaan berubah dengan begitu pantas,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >