Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan NTU kesan cara sel agih kolesterol

Oct 02, 2023 | 03:50 PM



Kolesterol mempunyai reputasi buruk tetapi bahan berlemak itu diperlukan untuk membina sel, menghasilkan hormon dan merangsangkan kesihatan otak.

Malah, otak adalah organ paling kaya dengan kolesterol dalam tubuh, mengandungi 20 peratus kolesterol.

Namun, tidak banyak difahami tentang cara sel seperti neuron mengandungi jumlah kolesterol yang diperlukan. Pengagihan kolesterol yang tidak normal dalam sel saraf telah dikaitkan dengan penyakit Alzheimer dan bentuk demensia yang lain.

Selepas tiga tahun meninjau sel menerusi mikroskop, empat saintis daripada Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendapati tiga protein utama dan mekanisme mereka yang mengawal jumlah kolesterol dan cara ia bergerak di dalam sel.

Mereka mengesyaki bahawa protein tersebut mungkin tidak berkomunikasi dengan cara yang sepatutnya bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung atau demensia. Beberapa protein mungkin hilang atau berlebihan, contohnya.

“Kajian mempunyai implikasi dari segi memahami perkembangan gangguan neuro-degenratif dan penyakit kardiovaskular yang dikaitkan dengan pengagihan kolesterol yang tidak normal,” kata ketua kajian itu, Profesor Madya Yasunori Saheki.

Beliau berharap bahawa protein itu boleh dikaji dengan lebih lanjut dan digunakan dalam terapi masa depan bagi menentang penyakit sedemikian. Sebagai contoh, seandainya saintis boleh mengesan protein yang terganggu sebelum ia menjejas kolesterol dalam neuron, mereka boleh mengusahakan penyelesaian untuk mengembalikan fungsi protein.

Prof Saheki, yang pakar dalam biologi sel dan neurosains, menyatakan bahawa buat masa ini tiada ubat menyembuhkan penyakit Alzheimer atau terdapat petanda bio yang baik untuk meramalkan penyakit itu.

Diet kolesterol tinggi meningkatkan kolesterol di dalam darah, yang akhirnya boleh mengakibatkan serangan jantung dan angin ahmar. Dalam kalangan mereka yang mempunyai kolesterol tinggi, sebahagian kecil tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap ubat-ubatan kerana mereka kekurangan reseptor yang membolehkan sel mengambil ubat tersebut.

Para penyelidik menggunakan penyelidikan kolesterol berasaskan protein atau sensor untuk menggambarkan pengagihan kolesterol dalam sel. Dengan melakukan demikian, mereka mengenal pasti tiga protein yang dipanggil ORP9, OSBP dan GRAMD1 dan memerhatikan bahawa protein tersebut mengawal pengagihan kolesterol di dalam sel.


Felo penyelidik Dr Tomoki Naito, pengarang pertama kajian itu, menghidup dan mematikan protein dalam sel untuk mengesan setiap laluan dan tingkah laku protein.


Apabila ORP9 dinyahaktifkan, OSBP menjadi hiperaktif, menyebabkan jumlah kolesterol berlebihan untuk dipindahkan ke bahagian sel lain, mengganggu pengagihan. Dan sel tanpa protein GRAMD1 mempunyai pengagihan kolesterol yang tidak normal di bahagian-bahagian penting sel, seperti membran sel.


Memberi komen tentang kajian itu, Profesor Tan Huay Cheem, seorang konsultan kanan di Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura berkata: “Seandainya beberapa protein tersebut dinyahaktifkan atau kurang berfungsi, beberapa bentuk terapi pengubahsuaian baka yang memperkenalkan semula protein ini boleh membantu. GRAMD1, jika kurang berfungsi, mungkin boleh diperkenalkan semula dalam bentuk suntikan yang diharapkan dapat diserap pada sel.”


Namun, beliau menekankan bahawa kemungkinan klinikal itu masih spekulatif.


Dapatan pasukan itu diterbitkan dalam jurnal saintifik, Nature Communications, pada September. Kajian itu dilakukan dengan kerjasama dua penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Biologi NTU.


Pasukan itu merancang mengkaji sel berpenyakit daripada pesakit Alzheimer atau penyakit jantung untuk menyiasat lebih lanjut tentang kelakuan protein dalam sel tersebut. Mereka mungkin memperoleh sel daripada sebuah konsortium di Amerika Syarikat atau daripada rakan sekerja di sini yang menjalankan kajian mengenai genetik manusia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >