Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi hingga 80% untuk warga emas beli apartmen, berdikari

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas layak boleh menerima subsidi hingga 80 peratus bagi Apartmen Penjagaan Komuniti pertama di Singapura, yang bakal dilancarkan bulan depan.



Subsidi itu akan diberi berdasarkan pendapatan isi rumah dan jenis bantuan yang diperlukan.



Apartmen seluas 34 meter persegi (termasuk selusur alat penghawa dingin) itu, akan dibangunkan di Bukit Batok West Avenue 9 dan dianggarkan berharga $62,000 bagi tempoh pajakan 15 tahun.



Jumlah tersebut terdiri dari harga flat sebanyak $40,000 dan pakej perkhidmatan asas berjumlah $22,000.



Bayaran bagi setiap unit terdiri daripada dua komponen, iaitu harga flat yang mesti dibayar tunai penuh atau dengan menggunakan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dan pakej perkhidmatan asas yang boleh dibayar tunai penuh atau secara pendahuluan separa dengan yuran bulanan sepanjang tempoh pajakan.



Pakej perkhidmatan asas itu termasuk bantuan pengurus masyarakat yang akan memastikan perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan asas dan bantuan kecemasan 24-jam tersedia bagi penduduk.



Tempoh pajakan pula antara 15 tahun dengan 35 tahun (dalam kenaikan lima tahun), selagi ia menanggung penduduk hingga usia 95 tahun.



Sekitar 160 unit apartmen penjagaan komuniti itu akan dilancarkan bulan depan dan dijangka siap menjelang 2024.



Apartment tersebut disasarkan pada warga senja berusia 65 tahun ke atas.



Lebih 3,000 orang telah melihat sendiri pameran Apartmen Penjagaan Komuniti di Hab Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) di Toa Payoh itu dan lebih ramai orang digalak mengunjunginya untuk melihat sendiri ciri-ciri apartmen itu, yang dibangunkan dengan tujuan menggalak kehidupan berdikari warga emas.



Pameran tersebut berlangsung hingga 31 Mac.



Mengunjungi pameran itu semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata menjelang 2030, seorang dalam empat warga Singapura dijangka berusia 65 tahun ke atas.



Oleh itu, pilihan perumahan seperti apartmen penjagaan komuniti itu dibangunkan dengan tujuan menjadi tempat untuk warga emas menua dengan selesa serta mendapatkan sokongan apabila mereka semakin lemah.



Menyertai Encik Masagos semalam ialah Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, dan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



"Ada pilihan untuk mempunyai pembantu, tetapi tidak semua orang suka pilihan tersebut sebab mereka mahukan privasi.



"Oleh itu, kami memberi pilihan ini kepada warga emas di mana terdapat sokongan 24 jam bila-bila masa berlaku kecemasan, tanpa perlu ada orang lain tinggal bersama mereka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang boleh menjaga diri dan keperluan harian sendiri," ujar Encik Masagos.



Cik Sim Ann pula berkata apartmen yang bakal dibina di Bukit Batok itu akan menyediakan peluang bagi warga emas menyesuaikan diri dengan konsep perumahan baru itu.



"Kami mahu memastikan konsepnya, dari segi ruang tempat tinggal, kegiatan kemasyarakatan dan program yang diadakan adalah sesuatu yang boleh berfungi dengan baik, seperti yang diinginkan.



"Dari situ kami akan lihat apakah penyesuaian perlu dibuat agar lebih ramai warga emas dapat meraih manfaat daripadanya," kata beliau.



Apartmen penjagaan komuniti itu hasil kerjasama antara HDB, Kementerian Pembangunan Negara (MND) dengan Kementerian Kesihatan (MOH), yang mengintegrasikan perumahan mesra warga emas dengan perkhidmatan penjagaan yang dapat ditingkatkan mengikut keperluan penjagaan serta kegiatan sosial untuk menyokong warga emas menua secara berdikari dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >