Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi pengajian tinggi: Lebih ramai dapat, $45j diagih

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 11,000 pelajar meraih manfaat daripada skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) tahun lalu, dengan subsidi bernilai $45 juta diagih kepada mereka.



Bilangan itu lebih tinggi daripada sekitar 10,000 pelajar yang menerima TTFS pada 2020, namun jumlah subsidi yang diagih setanding.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki, menjelaskan itu kerana kebanyakan pelajar yang menerima subsidi tersebut adalah daripada keluarga bergaji per kapita (PCI) lebih tinggi dan oleh itu menerima subsidi lebih rendah.



Di bawah TTFS, yang ditadbirkan Mendaki, pelajar daripada keluarga yang mempunyai PCI kurang $1,400 menerima 100 peratus subsidi bagi membiayai yuran pengajian mereka.



Mereka daripada keluarga yang PCI-nya antara $1,401 dengan $1,700 menerima 75 peratus subsidi, yang mempunyai PCI antara $1,701 dengan $2,000 menerima 50 peratus subsidi.



"Yang baiknya ialah terdapat lebih ramai benefisiari kerana semasa pandemik ini mereka layak dapat subsidi atau layak bagi subsidi lebih tinggi," kata Encik Zaqy dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mendaki kelmarin.



"Namun, apa yang kami lihat juga ialah mereka daripada keluarga berpendapatan lebih tinggi. Terdapat tahap pengagihan TTFS yang berbeza - 100 peratus, 75 peratus, 50 peratus - yang diberi berdasarkan pendapatan keluarga mereka dan kebanyakan mereka daripada keluarga berpendapatan lebih tinggi dan mereka layak bagi tahap subsidi lebih rendah.



"Oleh itu, kami mempunyai lebih ramai benefisiari tetapi tidak semestinya jumlah subsidinya lebih tinggi. Tetapi saya rasa itu membantu juga kerana saya fikir itu memberitahu kami bahawa lebih ramai orang meraih manfaat daripada TTFS kali ini," tambah beliau.



Jika termasuk jumlah pinjaman pendidikan $3 juta yang disalur kepada lebih 500 penerima, sebanyak $48 juta kesemuanya diperuntuk bagi bantuan pembelajaran tahun lalu.



Encik Zaqy berkata perangkaan benefisiari yang menerima TTFS tahun lalu menunjukkan pendapatan isi rumah masih terjejas oleh pandemik Covid-19.



Mendaki menerima hampir 50 permohonan semula TTFS oleh mereka yang terjejas oleh pandemik itu. Namun, jumlah itu lebih rendah daripada 240 permohonan semula pada 2020.



"Pelajar yang keadaan kewangannya telah berubah semasa Covid-19 dan layak bagi subsidi lebih tinggi juga boleh memohon semula TTFS. Jadi, kami secara proaktif mendekati ibu bapa, meminta mereka memohon semula TTFS jika mereka kini layak, disebabkan kehilangan pendapatan contohnya



"Oleh itu, meskipun mereka sedang di tengah-tengah pengajian, kami membenarkan penyesuaian," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >