Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukan Air Singapura nama baru Persatuan Renang Singapura

SAQ
Mar 31, 2023 | 10:26 PM



MULAI 1 Julai, Persatuan Renang Singapura (SSA) akan dinamakan semula ke Sukan Air Singapura (SAQ). 



Perubahan itu bertujuan untuk mencerminkan kepelbagaian disiplin dalam sukan air - yang termasuk renang, terjun indah, polo air, renang artistik dan renang di laut.



Nama dan logo baru badan pentadbir sukan air Singapura itu dilancarkan pada Jumaat (31 Mac) dalam Malam Penghargaan dan Anugerah SSA 2023 di Pusat Konvensyen Raffles City.



Presiden SSA, Mark Chay, berkata nama baru itu mencerminkan etos sebenar sukan tersebut.



Dalam ucapannya, beliau berkata:


Kami adalah satu-satunya sukan, yang betul-betul mempunyai banyak sukan dalam satu. Di Singapura, meskipun kami mungkin dipanggil Sukan Renang Singapura, kami juga merangkumi terjun indah, polo air, renang artistik dan renang di laut. 



“Kami adalah lima sukan, yang disatukan oleh air, oleh satu bendera dan oleh satu komuniti untuk mencapai satu misi: untuk menjadikan Singapura negara sukan air bertaraf dunia.”



Acara itu juga menyaksikan lebih $360,000 dikumpul buat sukan itu melalui tajaan dan sumbangan.



Antara penaja ialah Amino Vital, OCBC Bank, 100Plus, Yakult, Evacuation and Medical Support Unit Pte Ltd dan TYR.



Wang yang dikumpul akan digunakan untuk menyokong program prestasi tinggi sukan itu seperti Laluan Pembangunan untuk atlet Team Singapore dan menyediakan peluang kepada atlet elit untuk bersaing di pentas terbesar dunia, seperti Kejohanan Dunia.


Wang yang dikumpul akan layak untuk Dana One Team Singapore, yang akan memadankan semua derma dolar untuk dolar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >